SUNGAI BESAR - Terpulang pada mereka untuk menyertai parti lawan, itu kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Irmohizam Ibrahim.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan berkaitan kemasukan lima orang ahli Umno dalam Pas, petang tadi.
Katanya, kemasukan mereka sedikitpun tidak melemahkan semangat parti
untuk melihat calon BN PRK Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.
“Terpulang pada mereka yang pasti perkara tersebut tak melemahkan
semangat parti untuk melihat calon BN menang di kawasan parlimen Sungai
Besar,” katanya selepas majlis berbuka puasa bersama media, sebentar
tadi.
Katanya, perkara tersebut adalah bukti kebebasan demokrasi yang diamalkan oleh negara kita.
“Paling penting bagi saya adalah disiplin dan perkara tersebut adalah perkara yang menjamin keutuhan dalam BN,” katanya.
Petang tadi, lima ahli Umno termasuk seorang bekas Ketua Pemuda Umno
Cawangan Muara Sungai Limau, Rosli Semin mengumumkan menyertai Pas di
Markaz Pas Simpang Lima.
Rosli berkata, selain mereka, beberapa lagi ahli terutama pemuda Umno
dijangka untuk menyertai parti itu kerana yakin dengan perjuangan Pas
yang berprinsip dan berlandaskan syariat Islam.
0 orang berkata:
Post a Comment