Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BUKAN MASALAH SALAH ATAU TIDAK, SOALNYA MO1 SUDAH DIJELASKAN SIAPA ORANGNYA


Rahman Dahlan perjelas kenyataannya dalam BBC
Abdul Rahman Dahlan
Abdul Rahman

SHAH ALAM-  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini menjelaskan semula kenyataannya kepada BBC News, berhubung isu 'Malaysian Official 1' (MO1).

Katanya, walaupun istilah 'Malaysian Official 1' (MO1) yang digunakan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) merujuk kepada Perdana Menteri namun itu tidak bermakna Najib bersalah.

Menurutnya, ramai lagi yang dirujuk oleh DOJ, bagaimanapun, tiada seorangpun termasuk MO1 dinamakan sebagai subjek penyiasatan.

"Seperti yang boleh disahkan oleh mana-mana peguam, perbezaan antara dinamakan  sebagai subjek dalam saman sivil, dan sekadar menjadi rujukan dalam siasatan, ibarat hitam dan putih,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.


Hari ini, BBC News mengeluarkan satu artikel yang mendakwa Perdana Menteri adalah 'Malaysian Official 1, menerusi temu bual bersama Abdul Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional.

Sementara itu, Abdul Rahman turut mengulas tentang tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sering memberi kenyataan mengelirukan dalam isu ini.

"Tun Dr Mahathir Mohamad dan sekutunya dalam barisan pembangkang sengaja mencampur-adukkan kedua-duanya bagi mengelirukan rakyat Malaysia.

“Kegagalan tunjuk perasaan anjuran proksi mereka dalam mempersoalkan siapa MO1 adalah tidak relevan, memandangkan MO1 tidak menjadi subjek dalam sebarang saman sivil DOJ," katanya.   

Katanya lagi, selepas siasatan menyeluruh oleh beberapa pihak berkuasa, Perdana Menteri ternyata bebas daripada sebarang salah laku.

“Justeru, usaha Tun Mahathir memburukkan beliau terus gagal ,seperti mana semua perancangannya untuk menggulingkan kerajaan Malaysia yang dipilih secara demokratik,” katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

M01 tu sapa haaa???
Serius aku tak tahu.

Tapir ker??

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.