Rahman Dahlan perjelas kenyataannya dalam BBC
SHAH ALAM- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman
Dahlan hari ini menjelaskan semula kenyataannya kepada BBC News,
berhubung isu 'Malaysian Official 1' (MO1).
Katanya, walaupun istilah 'Malaysian Official 1' (MO1) yang digunakan
oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) merujuk kepada Perdana
Menteri namun itu tidak bermakna Najib bersalah.
Menurutnya, ramai lagi yang dirujuk oleh DOJ, bagaimanapun, tiada seorangpun termasuk MO1 dinamakan sebagai subjek penyiasatan.
"Seperti yang boleh disahkan oleh mana-mana peguam, perbezaan antara
dinamakan sebagai subjek dalam saman sivil, dan sekadar menjadi rujukan
dalam siasatan, ibarat hitam dan putih,” katanya dalam satu kenyataan,
sebentar tadi.
[ARTIKEL BERKAITAN: Menteri akui MO1 adalah Najib Razak?]
Hari ini, BBC News mengeluarkan satu artikel yang mendakwa Perdana
Menteri adalah 'Malaysian Official 1, menerusi temu bual bersama Abdul
Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional.
Sementara itu, Abdul Rahman turut mengulas tentang tindakan bekas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sering memberi kenyataan
mengelirukan dalam isu ini.
"Tun Dr Mahathir Mohamad dan sekutunya dalam barisan pembangkang
sengaja mencampur-adukkan kedua-duanya bagi mengelirukan rakyat
Malaysia.
“Kegagalan tunjuk perasaan anjuran proksi mereka dalam mempersoalkan
siapa MO1 adalah tidak relevan, memandangkan MO1 tidak menjadi subjek
dalam sebarang saman sivil DOJ," katanya.
Katanya lagi, selepas siasatan menyeluruh oleh beberapa pihak berkuasa,
Perdana Menteri ternyata bebas daripada sebarang salah laku.
“Justeru, usaha Tun Mahathir memburukkan beliau terus gagal ,seperti
mana semua perancangannya untuk menggulingkan kerajaan Malaysia yang
dipilih secara demokratik,” katanya.
1 orang berkata:
M01 tu sapa haaa???
Serius aku tak tahu.
Tapir ker??
Post a Comment