Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PARTI BARU TUBUH DAH NAK JADI PIIII EMMMM, MANA BOLEH, BAGI LA ARTI LAMAAAAA ! DAP KE ?


Tun M beri bayangan Muhyiddin jadi PM
 Mahathir Mohamad
Mahathir Mohamad. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan kemungkinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin  dipilih menjadi perdana menteri jika pembangkang menang PRU14.

Bagaimanapun katanya, ia bergantung penerimaan pemimpin dalam Bersatu dan parti pembangkang yang lain.

“Untuk menamakan perdana menteri sekarang akan membuatkan sesetengah orang rasa kecewa dan ia mungkin memecahbelahkan parti. 

“Buat masa ini kami tidak cakap apa-apa, kecuali jika pembangkang menang, kemungkinan besar perdana menteri adalah Muhyiddin. 

“Tetapi itu bergantung kepada parti, jika mereka mahu dia sebagai presiden. Ia sangat bergantung kepada pakatan pembangkang tentukan perdana menteri,” katanya menjawab soalan penonton di Universiti London.

Mahathir berkata, ramai individu boleh menjadi pemimpin negara jika mereka diberikan peluang sebaiknya.

“Kita mempunyai ramai orang berkualiti. Mereka mungkin tidak aktif dalam politik tetapi saya rasa jika diberi peluang, mereka boleh memimpin negara,” katanya.

Dr Mahathir berkata, jika pemimpin Bersatu dipilih, kuasa tertakluk kepada parti.

“Bersatu ada pengerusi dan presiden, dan pengerusi diperlukan untuk menasihati hal ehwal kerajaan bersama beberapa orang dalam parti.

“Sebab kami tidak mahu perdana menteri buat semua keputusan sendiri,” katanya.

6 orang berkata:

Anonymous said...

Ptui... semua yg tubuh party hanya nak puaskan hati sendiri.

Anonymous said...

Muhidin berpengalaman walaupun parti baru. Tapi kalu nak tengok msia tonggang langgabg, lantik hadi aje la

Anonymous said...

Kalu nak tengok mcm mna sifat sebenar pas, cuba lantik nik abdoh jadi pm.

Anonymous said...

kalo ini pun x cukup jelas lagi bahawa semua parti politik itu 2x5 x tau la hehe

Anonymous said...

Parti ko ni jual ruu355 sana sini utk kafirkan org aje ker?

Anonymous said...

Jangan pilih mamat yg suka layan germany blue jadi pm. Hancur kang...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.