Tun M beri bayangan Muhyiddin jadi PM
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan
kemungkinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipilih menjadi
perdana menteri jika pembangkang menang PRU14.
Bagaimanapun katanya, ia bergantung penerimaan pemimpin dalam Bersatu dan parti pembangkang yang lain.
“Untuk menamakan perdana menteri sekarang akan membuatkan sesetengah orang rasa kecewa dan ia mungkin memecahbelahkan parti.
“Buat masa ini kami tidak cakap apa-apa, kecuali jika pembangkang menang, kemungkinan besar perdana menteri adalah Muhyiddin.
“Tetapi itu bergantung kepada parti, jika mereka mahu dia sebagai
presiden. Ia sangat bergantung kepada pakatan pembangkang tentukan
perdana menteri,” katanya menjawab soalan penonton di Universiti London.
Mahathir berkata, ramai individu boleh menjadi pemimpin negara jika mereka diberikan peluang sebaiknya.
“Kita mempunyai ramai orang berkualiti. Mereka mungkin tidak aktif
dalam politik tetapi saya rasa jika diberi peluang, mereka boleh
memimpin negara,” katanya.
Dr Mahathir berkata, jika pemimpin Bersatu dipilih, kuasa tertakluk kepada parti.
“Bersatu ada pengerusi dan presiden, dan pengerusi diperlukan untuk
menasihati hal ehwal kerajaan bersama beberapa orang dalam parti.
“Sebab kami tidak mahu perdana menteri buat semua keputusan sendiri,” katanya.
6 orang berkata:
Ptui... semua yg tubuh party hanya nak puaskan hati sendiri.
Muhidin berpengalaman walaupun parti baru. Tapi kalu nak tengok msia tonggang langgabg, lantik hadi aje la
Kalu nak tengok mcm mna sifat sebenar pas, cuba lantik nik abdoh jadi pm.
kalo ini pun x cukup jelas lagi bahawa semua parti politik itu 2x5 x tau la hehe
Parti ko ni jual ruu355 sana sini utk kafirkan org aje ker?
Jangan pilih mamat yg suka layan germany blue jadi pm. Hancur kang...
Post a Comment