Khairy: Tutup jalan ke Dataran Merdeka
HULU TERENGGANU - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyarankan
polis menutup semua jalan bakal digunakan peserta Bersih 5 untuk
perarakan menuju ke Dataran Merdeka yang dijadualkan 19 November depan.
Menurutnya, tempat-tempat peserta berkumpul sebelum berarak ke Dataran
Merdeka juga telah dikenal pasti dan tindakan menutup jalan itu wajar
dilaksanakan supaya tiada laluan boleh dilalui peserta apatah lagi
Bersih 5 dikhuatiri boleh cetuskan huru-hara.
“Kita tidak mahu kekecohan seperti yang berlaku pada Bersih 3 lalu
berulang memandangkan pelbagai tindakan keterlaluan dilakukan waktu itu
termasuk terbalikkan kereta polis serta banyak kedai pecah. Perhimpunan
Bersih ini boleh cetuskan keadaan huru-hara.
“Jadi kita sarankan supaya PDRM bukan sahaja tidak membenarkan Dataran
Merdeka digunakan bagi perhimpunan Bersih 5 tetapi kalau boleh turut
mengambil segala tindakan yang diperlukan supaya tiada perarakan bermula
dari tempat telah dikenal pasti.
“Kita sudah tahu lokasi berkumpul dan laluan akan digunakan kumpulan
Bersih untuk ke Dataran Merdeka, jadi saya harap PDRM tutup jalan
tersebut supaya tiada laluan boleh digunakan,” katanya kepada pemberita
ketika diminta mengulas berhubung perhimpunan Bersih 5 pada 19 November
depan dan terdahulu Khairy hadir ke Retreat Pemuda Umno 2016 di Tasik
Kenyir, Hulu Terengganu, di sini, semalam.
Dalam perkembangan sama, Khairy berkata, perhimpunan kumpulan baju
merah pula adalah sebagai tindak balas terhadap Bersih 5 dan beliau
yakin sekiranya tiada Bersih maka baju merah juga tidak akan mengadakan
demonstrasi mereka.
“(Baju) Merah hanya hendak tunjuk mereka menentang Bersih, kalau Bersih
tidak buat-buat apa sudah tentu merah pun tidak akan buat apa-apa, jadi
bebannya terletak di atas Bersih. Cara terbaik ialah tidak membenarkan
perhimpunan Bersih 5 berlaku.
“Sekiranya didapati mana-mana ahli Pemuda Umno terlibat dalam Bersih
juga kita akan ambil tindakan sebab himpunan Bersih menentang kerajaan
Umno dan PM (perdana menteri), ini melanggar disiplin parti,” katanya.
2 orang berkata:
Oiii bodo karamu
Nak takut hapa?
Patut sokong pru yg bersih
Merah je takut pru bersih
Tau knapa??
Takut dedak terjejas
Tu pun keramu x paham??
Setengah walaunta takut sbb dedak mungkin terhenti
Sebuah kerajaan yang teramat bodoh!
Post a Comment