NGO minta SPRM siasat semula SRC International
SHAH ALAM - Hisbah Centre For Reform menggesa supaya Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula fail siasatan ke atas
SRC International dengan kadar segera.
Pengerusinya, Datuk Muhamad Ezam Mohd Nor berkata, pada 3 Julai tahun
lalu, SPRM telah memulakan siasatan terhadap SRC International namun
sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil terhadap mereka yang
terlibat dengan penyelewengan besar tersebut.
"Individu utama yang dikehendaki oleh SPRM bagi membantu siasatan
seperti kedua Ahli Lembaga Pengarah SRC International, Nik Faizal Ariff
Kamil dan Suboh Md Yasin masih gagal ditemui.
"Menerusi sidang Parlimen sebelum ini, menteri memaklumkan bahawa
kedua-dua individu terlibat masih lagi memegang jawatan sebagai Ahli
Lembaga Pengarah SRC International,"katanya ketika sidang media selepas
menghantar memorandum di Ibu Pejabat SPRM Selangor, hari ini.
Sebelum ini, bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni
Hanadzlah membangkitkan beberapa persoalan berhubung dana kewangan
negara di Dewan Rakyat.
Dalam pada itu, Ezam memaklumkan bahawa apa yang lebih mengelirukan
rakyat adalah apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low
Seng Kuan menyatakan bahawa siasatan berhubung isu tersebut telah
selesai dan semua saksi diperlukan telah disoal.
"Dalam kenyataan Husni di Parlimen, beliau mengesahkan kepincangan
berlaku apabila menyebut Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) telah
memberikan dana pinjaman RM4 bilion secara sekali gus dan bukannya
berperingkat sepertimana kebiasaan.
"Cara pembayaran ini jelas melanggar etika pengurusan kerajaan,"katanya.
Oleh sebab itu, Muhamad Ezam berkata, pihaknya turut menggesa agar SPRM
menjalankan siasatan segera ke atas semua Ahli Lembaga Pengarah dan
badan pengurusan KWAP.
Beliau berkata, walaupun Ketua Pegawai Eksekutif KWAP menyatakan
bahawa SRC International merupakan pembayar bertanggungjawab dan tidak
pernah tertunggak setakat 3 tahun ini, namun tempoh pinjaman yang
panjang perlu diambil kira dengan baki 7 tahun lagi.
"Semua kebimbangan ini menjadi lebih serius dengan kenyataan oleh Husni yang menyentuh persoalan yang sama.
"Hisbah Centre menyeru segenap lapisan masyarakat dan institusi sama
ada politik, agama dan sebagainya untuk sama-sama memandang serius hal
ini dan semua pihak terlibat perlu dihukum," katanya.
1 orang berkata:
Lancauu..
Sapa suroh sekongkol sokong perompak?
Post a Comment