Sembilan tahun berkhidmat, hari ini paling kecewa
KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia
meluahkan kekecewaan berhubung tindakan keluar dewan oleh segelintir
ahli Parlimen pembangkang siang tadi sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2017.
Katanya, tindakan keluar dewan beramai-ramai oleh wakil DAP, PKR, dan
Parti Amanah Negara (Amanah) itu jelas melanggar peraturan yang telah
ditetapkan di Dewan Rakyat.
"Selama sembilan tahun saya berkhidmat (baru) hari ini saya berasa
benar-benar kecewa. Kekecewaan itu bersandarkan Peraturan Mesyuarat 41
(1) yang mengatakan semasa seseorang ahli Parlimen bercakap, semua ahli
lain hendaklah diam dan tidak mengganggu dengan cara kurang adab atau
biadab.
"Apa yang saya nampak sebentar tadi (walaupun kita ditonton oleh lebih
kurang 29 juta rakyat) sebilangan ahli Parlimen yang selama ini mendakwa
mereka berada di pihak yang benar dan jujur telah menampakkan satu
kebiadaban.
"Saya amat kecewa...," katanya sebaik sahaja berakhirnya pembentangan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, Parlimen, di sini, hari ini.
Kecoh di dewan hari ini apabila Najib yang juga Menteri Kewangan
mendakwa pemimpin pembangkang menuduh negara sedang alami ribut ekonomi.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pembentangan Bajet 2017 cetus drama]
Berang dengan kenyataan Perdana Menteri itu, ahli Parlimen pembangkang
bangun serta-merta bersama plakad #SiapaMO1? sekaligus menukarkan
suasana tenang dewan kepada hingar-bingar tidak terkawal.
Keadaan tidak terkawal itu menyaksikan campur tangan Pandikar yang
akhirnya terpaksa mengarahkan ahli Parlimen meninggalkan dewan sekiranya
tidak mahu mendengar isi pembentangan Bajet 2017.
Seketika kemudian, rata-rata ahli Parlimen pembangkang khususnya DAP, PKR dan Amanah bertindak bangun meninggalkan dewan.
5 orang berkata:
X pandai jaga keharmonian kelas dan nampak bias sangat. Patutnya dua2 kena rotan la
Baik tgk gambar berokkkkkk la
Tangkap sotong lg baik
Harga pun mahal 20 ringgit sekilo
Sotong tak ada gst. Harga sekilo RM22 je.
Udang tak ada gst. Harga sekilo RM28 je.
Ketam tak ada gst. Harga sekilo RM27 je.
Siput sedut tsk ada gst. Harga sekilo RM10 je.
CAM BABI LA ORG YG CAKAP GST TAK SUSAHKAN ORANG MISKIN.....
CAM BABI LA ORG YG CAKAP GST AKAN TURUNKAN HARGA
CAM BABI CAMPUR NASI GORENG GRED 3.86
Nasib baik aku tak makan benda2 tu....elejik
Post a Comment