Hutang negara tidak patut menakutkan sesiapa
SHAH ALAM - Rakyat tidak perlu bimbang mengenai tahap hutang Kerajaan Persekutuan kini.
Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan,
Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin
berpendapat, ini kerana hutang negara sentiasa terurus dengan cantik dan
membayarnya.
"Ia begini hutang negara yang disebut itu 95 peratus datang daripada
sumber-sumber domestik, iaitu kita berhutang dengan diri kita sendiri,
iaitu kerajaan berhutang dengan rakyat melalui pelbagai dana. Kita
hutang dengan orang asing hanya RM25 bilion tak banyak.
"Keduanya kalau dilihat dari segi kematangan hutang-hutang ini ia
matang berlain-lain tempoh...cuma kita perlu bayar mengikut tempoh
kematangannya, jadi saya fikir hutang negara tidak mengerunkan dan tidak
patut menakutkan sesiapapun," katanya kepada Sinar Online.
Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan kini.
Jumaat lalu di Dewan Rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak berkata, buat masa ini, hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir
Jun 2016 adalah sebanyak RM655.7 bilion atau 53.2 peratus daripada KDNK.
Ujarnya, daripada jumlah berkenaan, 95.9 peratus atau RM628.8 bilion
adalah hutang domestik sementara 4.1 peratus lagi atau RM26.9 bilion
merupakan pinjaman luar pesisir.
Oleh itu,ujar Najib, tahap hutang kita ini dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan komited pastikan hutang bawah 55 peratus]
Mengulas lanjut, Amir Husin berkata, tambahan Malaysia mempunyai dana
dalam negara antaranya Lembaga Tabung Haji (TH), Kumpulan Wang Simpanan
(KWSP),dan unit Amanah lain.
"Badan ini kita boleh pakai untuk majukan negara,kalau negara lain
susah sikit...sama ada dana ini tidak wujud ataupun terlalu miskin untuk
wujudkan dana,jadi komen saya jangan bimbang dengan hutang ini kerana
ianya diurus dengan rapi," katanya lagi.
Dalam pada itu, Amir Husin berkata ekonomi kita turut diakui badan dunia, iaitu dikedudukan antara yang terbaik.
"Menerusi agensi penarafan Fitch, Malaysia diberi penarafan A- berbanding Filipina (BBB-)," katanya.
Dalam pada itu, Amir Husin menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan negara kita akan bangkrap.
"Ini permainan sahaja, sebab negara yang nak bangkrap..ia dimulai
dengan penurunan gaji penjawat awam dan dihujungnya tidak boleh bayar,
hospital tiada alat dah.
"Itu petanda dah nak bangkrap, selagi kerajaan stabil dan sanggup
menangung apa yang dijanjikan kepada rakyat itu menunjukkan suasana
baik," katanya.
7 orang berkata:
Jgn berhutang..makanlah dedak 90juta..
Dedak dedak dedak...ayat tu wajib tuding dkt pan...ludah kena muka sendiri
Hari hari mencekik Maggi. Jgn ada hati nak beli jet peribadi.
Hari hari mencekik Maggi. Jgn ada hati nak beli jet peribadi.
Walaun terasa ker..kahkahkah
Bila yg makan dedak haram 90juta nak saman SR?
Dedak 90 juta
Ayam suka makan dedak.
Sudah jinak boleh sembelih.
Biar makan msggie halal.
Jgn naik jet shoping duit haram.
Post a Comment