Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAP, PKR dan Amanah bertindak bangun meninggalkan dewan.

Pembentangan Bajet 2017 cetus drama
Pembentangan Bajet 2017 cetus drama
Kelihatan beberapa ahli Parlimen pembangkang yang keluar dewan. - Foto Sinar Online

KUALA LUMPUR - Berang dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa pemimpin pembangkang menuduh negara sedang alami ribut ekonomi, Dewan Rakyat menjadi kecoh siang tadi.

Tindakan pemimpin negara itu mencetuskan kemarahan ahli Parlimen pembangkang yang bangun serta-merta bersama plakad #SiapaMO1? sekaligus menukarkan suasana tenang dewan kepada hingar-bingar tidak terkawal.

"Ada pihak yang buat tuduhan #Bajet2017 adalah satu sandiwara, kononnya tanpa bukti dan kerajaan tidak mempunyai wang mencukupi.

"Malah ada pemimpin pembangkang menyebut pula Malaysia sedang mengharungi ribut ekonomi yang sukar pada tahun ini," kata Najib sebelum disambut dengan sorak kemarahan ahli Parlimen pembangkang.

Najib pada masa yang sama turut mendakwa pembangkang kerap kali melemparkan tuduhan kepada kerajaan Persekutuan kononnya Malaysia sedang bergelut dengan ekonomi yang menekan.

"Pembangkang juga mendakwa kerajaan Persekutuan bermain sandiwara dalam isu melibatkan ekonomi negara," katanya lagi.

Najib kemudiannya bertanya kepada ahli Parlimen pembangkang: "Siapa sebenarnya yang bersandiwara?"
Keadaan kecoh di sini, hari ini menyaksikan campur tangan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang akhirnya terpaksa mengarahkan ahli Parlimen meninggalkan dewan sekiranya tidak mahu mendengar isi pembentangan Bajet 2017.

Seketika kemudian, rata-rata ahli Parlimen pembangkang khususnya DAP, PKR dan Amanah bertindak bangun meninggalkan dewan.

Perdana Menteri membentangkan Bajet 2017 hari ini dengan memberi jaminan bahawa kerajaan sentiasa komited untuk melaksanakan bajet bertanggungjawab melalui perbelanjaan berhemah untuk merangkumi semua segmen rakyat.


"Bajet ini bukanlah digubal bagi kepentingan atau berlegar kepada kumpulan rakyat tertentu sahaja, namun direka, bersifat inklusif demi kesejahteraan rakyat seluruhnya," kata Najib.

9 orang berkata:

Anonymous said...

Belanjawan menipu rakyat dari kerajaan penyamun. Disokong parti lebai penjual agama pemakan dedak haram.

Anonymous said...

kenapa pas x keluar?
sebab pas dah x kawan dap hehe..bukan pasal ape pun..kalo masih kawan keluar bersama dap tu jihad

Anonymous said...

bila dah kawan ngan umno..stay ngan umno lak jihad hehe

Anonymous said...

Bangang punya pandap rakyat biasa duduk depan tv ikut bajet di parlimen dia keluar parlimen tak mau dengar bajet..macam mana ahli biol pi pilih depa jadi wakil mengabiskan boreh.....

Anonymous said...

aku x leh lupa masa lin guan eng nyanyi lagu khalifah umar abd aziz,terpancut2 klimaks merintih terharu pemuja pas kat dia hehe..last2 bila makin lama dia pegang kuasa,dia beli umah banglo dengan harga umah flat hehe..ada parti lawan dia yg dah penah buat perangai lebih kurang mcm tu sebelum dia buat tu..apa lagi puak2 lin guan eng punya memandang sinis kelakuan tu,angkuhnya mengalahkan babi ..hehe
tapi dia buat xpe..nampak x punya la barua org politik ni..

bukan ke kat dahi lin guan eng ada tulis pembohong besar sama mcm kat dahi korang gak?..abis tu kenapa susah sangat korang nak kenal??hehe
punyala haprak sedara2 aku kat pas waktu tu,org nyanyi khalifah umar abd aziz korang terus ko terpancut2 termimpi2..betul2 memalukan anak cucu la korang ni..
memang betol2 barua la korang

Anonymous said...

Parti walaunta barua.
Walaunta barua mca mic gerakan.
Dia tak tau ker gerakan kapir harbi tolak ruu 355???

Itu pun nak duduk sekongkol dgn mca.
Makan babi goreng la..

ITU AYAT KITA PINJAN DARI WALAUNTA MASA ORG KUAR DR PARTI WALAUNTA..

Anonymous said...

Pukimarang ponteng lagi bajet bentang pong tak dtg langsung makang duit elaung harang ko elok tak yah gi langsung gi hatyai sana lg elok la woiii nak mintak sokongan tapi pontenggggg manjang lantak duit gaji haram kang ada je alasan nak bg mc la sbb telo bengkak la

Memang kaki ponteng kelas sekor ni

Anonymous said...

Apsal kerusi marang kosong?
Dia keluar jugakah?
Betulkah dia tak datang?
Kenapa tak datang pulak?
Sakit perutkah??

Anonymous said...

Tak la
Tgh tengok ruu355

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.