Pas harap kerajaan bertindak terhadap 'pelampau media'
KUALA LUMPUR - Pas berharap kerajaan mengambil tindakan sewajarnya
terhadap golongan yang disifatkannya sebagai 'pelampau media' yang
menyebarkan pembohongan mengenai pelbagai perkara menerusi kemudahan
teknologi maklumat.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihak berkuasa
terutamanya Kementerian Komunikasi dan Multimedia perlu melakukan
kawalan sebaik-baiknya bagi membendung keadaan itu daripada terus
berleluasa.
"Kita berada dalam zaman yang mana bukan hanya muncul golongan pelampau
yang menggunakan senjata, tetapi yang paling membimbangkan adalah
kemunculan golongan pelampau media dan kita lihat hari ini pembohongan
disebarkan ke seluruh dunia.
"Di sini peranan kementerian iaitu selain melakukan kawalan, ia perlu
memberi kesedaran kepada orang ramai," katanya kepada pemberita selepas
mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak di pejabatnya di Angkasapuri di sini
hari ini.
Abdul Hadi yang disertai Naib Presiden Pas, Idris Ahmad pada pertemuan
itu, berkata beliau dan Salleh juga berbincang mengenai isu penculikan
di Selatan Filipina yang mana rakyat negara ini menjadi mangsa.
Dalam hubungan itu beliau menawarkan diri untuk membantu jika kerajaan
dapat menyediakan saluran untuknya berhubung dengan tokoh-tokoh Islam di
Selatan Filipina bagi mencari penyelesaian untuk membebaskan mereka
yang diculik.
"Di sana ada tokoh-tokoh agama, maka mereka perlu kita hubungi untuk
membantu membebaskan mereka yang diculik tetapi ia perlu dilakukan
melalui saluran kerajaan," katanya.
Ditanya mengenai maklum balas Salleh terhadap isu-isu yang
dibangkitkan, Abdul Hadi berkata Salleh memberikan reaksi positif dan
akan mengambil langkah-langkah sesuai melalui kementeriannya.
Ditanya sama ada ada sebarang perbincangan berhubung kerjasama Pas dan
Umno berlaku pada pertemuan itu, Abdul Hadi berkata: "Tidak. Tidak ada
kerjasama. Kita mahu jadi pembangkang yang memberi nasihat, kita bersatu
dalam perkara yang sama dan tidak berpecah dalam perkara yang berbeza."
- Bernama
3 orang berkata:
Hahaha...
Penasihat jugak
Cukuplah sekadar penasihat
Presideng Pas dinasihatkan samang SR. Jangang jadi lebai munafik.
bangang bertingkat nampaaknya lebai malang ni
Post a Comment