‘Usul tidak ada kaitan dengan bukan Islam’
KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kesal apabila
Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)
(Pindaan) 2016 dihentam dan dikritik pelbagai pihak terutama bukan
Islam.
Menurut Abdul Hadi ketika menyampaikan ucap bahas mengenai RUU tersebut
di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini, semua pihak sepatutnya menerima
perkara termaktub dalam Perlembagaan negara ini.
Difahamkan, perkara itu termasuk Jadual 9 yang berkait dengan urusan
agama Islam di peringkat negeri adalah undang-undang membabitkan
penganut agama Islam sahaja.
"Usul yang saya mahu bangkitkan adalah berkenaan bidang kuasa Mahkamah
Syariah berkaitan penganut Islam, tiada kaitan dengan bukan Islam.
"Apabila saya bangkitkan usul ini, mengapa timbul salah faham antara
satu sama lain. Kita mahu perkara berkaitan penganut Islam diberi kepada
orang Islam, sama ada di peringkat kerajaan atau pembangkang.
"Tidak sepatutnya timbul isu yang boleh menyebabkan ketegangan, malah
media juga boleh berperanan dengan baik dan sihat untuk melahirkan
masyarakat majmuk yang bersatu padu," katanya ketika membahaskan RUU itu
di sini, hari ini.
2 orang berkata:
Hadi..hati kamu yg penuh dgn kebencian dan hasad dengki..bersekongkol dgn penyamun zalim..makan duit haram..90juta dh habis ka..dasar lebai penyamun
Skang dah mcm sotong.
Lembut aje sotong berpaut pd poket amno
Post a Comment