Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KU LI AKAN MUNCUL


Pakar: Ku Li patut main peranan
Tengku Razaleigh Hamzah
Tengku Razaleigh Hamzah
 
KOTA BHARU – Tengku Razaleigh Hamzah perlu lebih berperanan dalam politik Malaysia mahupun Kelantan, bersesuaian dengan pengalaman luas dan kedudukannya sebagai negarawan.
 
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, dengan cara ini barulah pelbagai masalah disuarakannya boleh diselesaikan.

“Kenyataan Tengku Razaleigh bahawa sekarang ini banyak pemimpin memikirkan kepentingan diri lebih daripada kepentingan rakyat, sudah tidak amanah ataupun sudah tamak, adalah kenyataan yang berani.

“Begitu juga dengan kenyataannya mengenai perpecahan Melayu kepada lima parti politik yang dikatakan akan memberi peluang kepada DAP bermaharajalela dan memudahkan DAP menguasai dan menakluki orang Melayu dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Menurutnya, Tengku Razaleigh mengakui beliau baik dengan kerajaan mahupun pembangkang dan itu menyebabkan beliau diberikan peranan berunding dengan pemimpin pembangkang waktu BN hendak ditubuhkan dahulu.

“Sepatutnya peranan sama dapat dimainkan oleh beliau pada waktu ini, khususnya bagi menyelesaikan masalah perpecahan Melayu yang semakin meruncing sejak kebelakangan ini, memandangkan beliau masih dihormati banyak pihak,” katanya.

Begitu juga di peringkat nasional, pendirian tegas Tengku Razaleigh mengenai pelbagai isu semasa termasuk masalah perpecahan Melayu sangat diperlukan, kerana ia boleh membantu mencorakkan hala tuju politik negara.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Kita ni kadang2 tak guna otak.
Org lain yg sbbkan perpecahan melayu, tengku pulak yg kita suruh selesaikan.
Tengku tak pecahkan melayu
Puak yg pecahkan melayu ialah puak yg suka mrmaki, mencaci, membabi, membarua dan mentakfiri melayu lain.
Puak ni la punca perpecahan melayu.
Puak ni bertopengkan serban, jubah dan janggut.
Susah nak bezakan takfiri dgn ulamak sebenar kalu takfiri dah bertopeng.

Mengkafirkan orang pasal ruu 356 boleh masuk syurga ke?
Saja nak tanya.

Biarlah siTakfiri tu selesaikan masalah perpecahan Melayu. Pandai buat, pandai tanggunglah.

Lagipun ruu 355 tu pun bukannya hukum Allah yang sebenar hingga jatuh kafit kalau tak sokong.

Mana ada tak sokong hukum manusia buat yg berlainan dgn hukum Allah, bila mati tanam kat jirat cina.

Tu ha, yg rompak balak ngan kebas duit cikgu yik tu....ko nak tanam kat mana?

Anonymous said...

Nama pun kuli batak...isu balak kat gua musang buat bodoh shj. Org asli diugut, di ajar dgn sejata api pun diam...dasar kuli batak kuli ni. Puiii

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.