Dedah rahsia kerajaan, langgar sumpah kerahsiaan
KUALA LUMPUR- Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia
menegur sikap ketidakbertanggungjawaban beberapa bekas menteri yang juga
ahli parlimen kerana didakwa mendedahkan maklumat kerajaan termasuk
melanggar sumpah kerahsiaan.
Beliau mendakwa perkara-perkara yang diucapkan oleh Ahli Parlimen
Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yasin; Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad
Husni Hanadzlah dan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal
dalam sesi perbahasan lalu adalah maklumat yang diperoleh ketika berada
di dalam kabinet.
Pada sesi perbahasan Bajet 2017 baru-baru ini, ketiga-tiga ucapan pemimpin itu telah menyentuh mengenai dakwaan skandal 1MDB.
[ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB: 'Ketika jadi menteri tidak bantah']
Dakwa Pandikar lagi, tindakan ahli parlimen itu mendedahkan maklumat
sulit kepada umum adalah perkara yang melanggar sumpah ketika dilantik
sebagai menteri di dalam Kabinet.
"Sedangkan ketika mengangkat sumpah lantikan itu, seseorang individu
telah dimaklumkan bahawa tidak boleh menzahirkan kepada sesiapa mengenai
perkara yang diketahui ketika memegang jawatan penting.
"Mereka telah mencemar prinsip dan integriti, "katanya dalam satu sidang media, di sini, semalam.
Jelas Pandikar, apa yang disebut dan diperoleh mereka adalah pada
ketika menjadi menteri, kerana ada disebut kelulusan dan keputusan
kabinet. Itu adalah informasi yang diperoleh di dalam kabinet, yang
tidak sepatutnya didedahkan," katanya.
Beliau berkata, sebagai Yang diPertua Dewan Rakyat, beliau hanya boleh
mengingatkan tindakan itu, sekiranya terbukti boleh disiasat di bawah
Akta Hasutan dan Peraturan Mesyuarat 3612.
Sementara itu, Pandikar juga turut mengingatkan ahli parlimen agar sentiasa menjaga adab dan menghormati parlimen.
Kelmarin, sidang Dewan Rakyat kecoh apabila berlaku perang mulut antara
Speaker dan ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng yang akhirnya Lim diarah
keluar daripada sidang itu.
4 orang berkata:
Habis idea dan alasan akhirnya gunakan integriti kononnya, sedangkan golongan menipu duit negara dianggap sebagai berintegriti, inilah muka-muka pemakan dedak dan perosak negara. Demi kepentingan diri dan untungan peribadi, apa sahaja kesalahan tuan-tuan mereka yang menabur dedak sentiasa dijaga. Mereka akan menjilat-jilat kaki tuan yang menabur dedak.
Taik pemakan dedak pun diaorg sanggup makan. Yang penting ada khasiat dedaknya walaupun sudah menjadi najis.
Cam tu pun pas nak sukong
Fuhh...
**yg pas sokong misti betol punya
ecco shoes
steelers jerseys
coach outlet
oakland raiders jerseys
cleveland browns jerseys
kansas city chiefs jerseys
jordan 8
christian louboutin sale
coach outlet
cheap jordan shoes
Post a Comment