Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MASALAH KELEMAHAN KERAJAAN RAKYAT KENA TANGGUNG SEBAB RAKYAT YANG UNDI


Kerajaan wajar betulkan persepsi mengenai GST
Sivamurugan
Sivamurugan

SHAH ALAM – Pihak kerajaan seharusnya membetulkan persepsi mengenai GST yang didakwa menjadi medium untuk pastikan rakyat menbantu menyelesaikan hutang negara.

Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata kerajaan boleh membetulkan persepsi tersebut dengan menyiarkan perincian pendapatan GST dan cara ia diagihkan.

“Siarkan perincian pendapatan GST dan bagaimana ia diagihkan sama ada untuk menyelesaikan hutang atau dikembalikan semula untuk kesejahteraan negara.

“Selagi ia tidak dilakukan, ada pihak akan terus menggunakan isu ini sebagai mekanisme untuk menzahirkan kemarahan ke atas parti pemerintah,” katanya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.

Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa GST menjadi penyelamat ekonomi serta rakyat tidak akan dibebani dengannya jika pemimpin Umno dan BN memerintah dengan penuh adil dan tiada ketirisan berlaku dalam pentadbiran negara.

Menurutnya lagi, penerangan yang secukupnya diperlukan untuk mengelak ketirisan dan jaminan bahawa ia tidak membebankan pengguna.

“Mungkin ada yang terkejut dengan kenaikan harga barang secara mendadak sedangkan jika eksploitasi tertentu tidak dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, ia dapat berjalan dengan licin.

“GST ini dilaksanakan di banyak negara dengan pemantauan yang berterusan agar rakyat tidak terbeban mengikut perincian yang ditetapkan,” katanya lagi.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Kat uganda sana org asli undi walaunta. Tapi malangnya walaunta rosakkan hutan simpan tempat mereka hidup. Semuanya sbb walaunta nak cari duit cara mudah.

Tu ikut cara islam ker turrrr......

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.