Bersih 5 gagal di Muar sebab disekat baju merah
MUAR - Konvoi Jelajah Bersih 5 Johor yang dijadualkan ke Muar pada hari
ini terpaksa dibatalkan selepas didakwa disekat oleh sekumpulan peserta
Baju Merah.
Ketua Sektor Seksyen 2 Bersih 5 Johor, Samudin Kambali berkata,
kumpulan Baju Merah yang terdiri daripada kira-kira 10 individu itu
dikatakan telah menunggu dan menyekat kedatangan mereka ketika tiba di
kampung Sarang Buaya, di sini.
“Dengan demikian, konvoi jelajah Bersih 5 pada hari ini terpaksa
dibatalkan atas faktor desakan oleh beberapa individu kumpulan Baju
Merah. Tindakan ini terpaksa diambil kerana kami tidak mahu ada peserta
konvoi yang terlibat di dalam pergolakan atau pergaduhan.
“Justeru itu, saya dengan rasminya sebagai Ketua Sektor Seksyen 2
Bersih 5 Johor membatalkan program jelajah petang ini dan keputusan yang
diambil ini juga telah pun dibincangkan di peringkat pusat,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Samudin, program Pidato Perdana Bersih 5 yang
dijadualkan berlangsung di Pekan Parit Bakar malam ini akan tetap
diteruskan dengan penganjuran ceramah daripada Pengerusi Bersih, Maria
Chin Abdullah dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri
Muhyiddin Yassin.
Terdahulu, hampir 100 buah kenderaan yang menyertai konvoi jelajah
tersebut terpaksa berpatah balik ke Batu Pahat selepas didakwa disekat
oleh kumpulan baju merah berkenaan.
1 orang berkata:
saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.
Post a Comment