Rafizi diperintah bayar ganti rugi RM200,000
KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli hari ini
diperintahkan membayar ganti rugi RM200,000 kepada Pengerusi Eksekutif
National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad
Salleh Ismail dan syarikatnya kerana memfitnah mereka berhubung
pembelian hartanah di KL Eco City, Bangsar di sini.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan membuat
keputusan itu selepas membenarkan saman Mohamad Salleh dan NFCorp
terhadap Mohd Rafizi, yang merupakan defendan pertama.
Azizul memerintahkan Mohd Rafizi membayar ganti rugi RM150,000 kepada Mohamad Salleh dan RM50,000 kepada syarikatnya.
Mahkamah turut memerintahkan Mohd Rafizi membayar kos sebanyak RM100,000 kepada plaintif (Mohamad Salleh dan NFCorp).
Bagaimanapun, mahkamah menolak saman Mohamad Salleh dan NFCorp
terhadap Malaysiakini, yang dinamakan sebagai defendan kedua, dan
memerintahkan plaintif membayar kos sebanyak RM50,000 kepada portal
berita berkenaan. - Bernama
5 orang berkata:
Berguru dgn tuang presideng Pas juara lebai pemfitnah agaknya..
Boleh buat rayuan.
Duit lembu dah pulang ker belum??
Pulangkan la. Itu duit rakyat.
Tapi klu x nak pulang sekarang pun tak apa. Boleh pulang kat akhirat besok. Tak ada hal la...
Banyak2 pemimpin atasan pas yg pernah aku jumpa, nik Aziz paling best.
Kedua best ialah datuk fadzil nor.
Yg ketiganya datuk asri.
Yg terakhir sekali, datuk hadi.
Itu pendapat aku sbg bekas ahli pas la..
Bila nak tangkap pencuri balak tu dol??
Tak cukup lagi ke pitih kat poket ko tu dol??7
Menurut seorang walaunta di uganda, pencuri balak tidak boleh diklasifikasikan sebagai pencuri dlm ruu 355 uganda.
Sbb apa??
Sbb pencuri balak di uganda tu ada lesen terus masuk syurga.
Post a Comment