Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MINYAK NAIK



Harga petrol, diesel naik 15 sen seliter

31/10/2016 8:16pm




KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta Diesel untuk bulan November masing-masing naik 15 sen seliter bermula tengah malam ini.

Menurut sumber industri, harga baharu bagi RON95 ialah RM1.95 seliter manakala RON97 (RM2.30 seliter) dan Diesel (RM1.90 seliter).

“Harga jualan runcit bagi bahan bakar tersebut akan berkuatkuasa bermula 12.01 pagi, 1 November ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Tambahnya, pengusaha stesen minyak dan orang ramai juga dinasihati untuk mengguna harga terkini yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Kenaikan harga minyak tersebut berikutan sistem apungan terurus yang dilaksanakan kerajaan mengikut harga minyak semasa dunia. - K! ONLINE

4 orang berkata:

Anonymous said...

Padan muka korang.
Sokong la lagi.

Anonymous said...

Siapa la penasihat pm kita neh?
Pandai betol dia bg nasihat.

Anonymous said...

Sya dah hidup dalam era 4 perdana menteri.

Perdana menteri terbaik - mahadir
Kehidupan paling selesa - zaman mahadir
Kehidupan paling aman - zaman mahadir
Kehidupan paling perit - zaman najib.
Paling senang cari rezeki - zaman mahadir
Zaman paling sukar nak menyimpan - zaman najib

Entahlah...bila agaknya kita boleh dpt pm yg bijak dan berjiwa rakyat spt tun Mahathir lagi???? Kita rindukan saat2 sewaktu tun berkuasa dulu.

Anonymous said...

Bila kita lihat kl centre kita akan ingat mahathir. Bila kita balik kg di selatan, kits ingat mahathir. Bila kita tengok klia, kita ingat mahathir, bila kita naik lrt, kita ingat mahathir, bila kita pergi kementerian di putrajaya, kita ingat mahathir, bila kita tengok anak di universiti cyberjaya, kita ingat mahathir, bila kita tengok formula one, kita ingat mahathir, bila tengok pelabuhan tanjung pelepas, kita ingat mahathir. Bila tengok jambatan kedua ke singapura, kita ingat mahathir. Bila tengok wilayah iskandar, kita ibgat mahathir. Bila tengok hospital baru, kita ingat mahathir. Bila tengok mrsm, asrsma penuh, kita ingat mahathir. Bila tengok klcc kita ingat mahathir. Bila tengok tabung haji, kita ingat mahathir. Bila ambik duit di asb asn kita ingat mahathir. Bila tengok kereta proton kita, kita ingat mahathir. Bila tengok produa bini kita, kita ingat mahathir. Bila tengok jam, kita ingat waktu dicepatkan 30 minit oleh mahathir. Bila tengok anak kita berjaya dalam pelajaran, kita ingat mahathir beri biasiswa.....

Begitulah antara pembangunan yg pernah dibuat oleh Tun Mahathir sepanjang tempoh 22 tahun pemerintahannya.

Menteri2 itu sendiri berjaya dan jadi menteri atas jasa Tun Mahathir. Beliau lebih banyak menyumbang drp mengambil.

Tetapi melayu mudah lupa.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.