Harga minyak masak paket 1 kg kekal RM2.50
PUTRAJAYA - Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin sebentar tadi
mengumumkan, harga jualan minyak masak bagi paket 1 kilogram kekal
RM2.50.
Bagaimanapun, harga jualan minyak masak bagi paket melebihi satu
kilogram adalah mengikut harga pasaran antara RM2.70 hingga RM2.90
setiap kilogram.
Hamzah berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 September lalu
bersetuju supaya KPDNKK mengambil alih pengurusan Skim Penstabilan Harga
Minyak Masak dari Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
(KPPK) tersebut berkuat kuasa 1 November ini.
"Kerajaan mengekalkan harga jualan dengan menstruktur semula jumlah
subsidi bagi membolehkan harga pasaran ini dikekalkan," katanya dalam
satu sidang media khas yang diadakan di ibu pejabat KPDNKK di sini
sebentar tadi.
Menurut Hamzah harga pasaran minyak masak di negara ini adalah rendah jika dibandingkan dengan negara negara jiran.
1 orang berkata:
Beli peket la.
Beli 30 peket sekali beli..
Pekilang x jual peket 1kg lsgi.
Sbb jual 2 kg lagi untong
Post a Comment