Giliran usul tidak ditolak ke bawah
SHAH ALAM - Pas menafikan giliran usul pindaan Rang Undang-Undang (RUU)
Persendirian Akta 355 yang akan dibentangkan Ahli Parlimen Marang,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditolak ke bawah.
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen Pas, Syed Ahmad Fadhli berkata, Buku
Peraturan Mesyuarat Dewan perlu dirujuk bagi memahami proses perjalanan
mesyuarat sidang Dewan Rakyat.
“Menerusi buku tersebut ada dinyatakan dalam perkara 15(1) pada
tiap-tiap hari persidangan mesyuarat, urusan kerajaan hendaklah
didahulukan daripada urusan-urusan lain.
“Hari ini (semalam), RUU kerajaan yang dibaca semalam (kelmarin) telah
disenarai sebagai bacaan kali kedua dan disebabkan itu, giliran usul
Ahli Parlimen Marang dianjak dari nombor empat ke tujuh,” katanya dalam
satu kenyataan, semalam.
Menurutnya, persoalan bilakah usul RUU 355 akan dibahaskan bergantung
kepada pihak kerajaan yang memiliki kuasa melalui eksekutif untuk
menentukan tarikh yang sesuai menerusi Peraturan Mesyuarat 14(2).
“Jumaat ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan
membentangkan Bajet 2017 yang mana bermula Isnin depan sehingga 22
November, adalah tempoh perbahasan bajet bagi peringkat dasar dan
jawatankuasa.
“Kemungkinan RUU 355 ini boleh dibentangkan sama ada hari yang berbaki
sebelum pembentangan Bajet 2017 atau pada penghujung sidang nanti,”
katanya.
Beliau turut mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang berusaha gigih untuk menghalang pembentangan RUU 355 oleh Abdul Hadi.
“Apa yang sedang diusahakan oleh beliau (Abdul Hadi) adalah selari
dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia dan tidak juga bercanggah dengan
Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dan beliau membawa usul tersebut ke
institusi Parlimen untuk dibahaskan dan dibuat pengundian. Mengapa perlu
takut dan gelabah sangat?
“Pada 1984, Akta 355 ini pernah dipinda bagi menambah bidang kuasanya.
"Setelah 32 tahun, beliau memanfaatkan jawatan sebagai Ahli Parlimen
Marang mencadangkan Akta 355 ini diperluaskan bidang kuasanya agar
Mahkamah Syariah yang sudah sedia ada dapat dimartabatkan kedudukannya
selari dengan Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut Islam
ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai dalam mana-mana Bahagian Persekutuan,” katanya.
4 orang berkata:
Bukan ditolak ke bawah.
Cuma tertolak ke bawah.
Ada beza ker?
Denda maksimum rm5000, 3 tahun penjara, 6 kali sebatan.
Ayat Quran n hadis mana dia org rujuk ni?
Hudud negeri kelantan dah lulus. Knapa tak laksana? Takut Allah ker takut orang??
Buang masa, buang duit, habuk tarak. Alasan dah ikhtiar. Tak kan ikhtiar setakat buat dah luluskan sja? Tak kan dah lulus tak nak ikhtiar utk laksanakan?
Tak ikhtiar laksanakan hukum hudud yg dah lulus, mcm mana nak lepas hukuman Allah.
Mcm solat la. Dah laksanakan solat baru lepas hukuman Allah....
Dap sentiasa dijadikan alasan untuk tidak laksanakan hudud.
Cara escapisme paling mudah dan selamat.
Post a Comment