Kos bina ECRL RM55 bilion ikut standard
KUALA LUMPUR - Kos pembinaan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL)
dengan harga RM55 bilion seperti yang diumumkan dalam Bajet 2017 adalah
dalam bentuk anggaran, belum diperhalusi dan dimuktamadkan.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, anggaran
itu dalam peringkat awal dan ia akan dimuktamadkan sehingga perjanjian
dimeterai.
"Sekarang belum meterai lagi, perdana menteri akan umumkannya nanti,
selepas pulang dari China hujung bulan ni,"katanya ketika ditemui di
lobi Parlimen, di sini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Sri Gading berkata, perkara ini akan
diperhalusi oleh unit perancang ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan,
kerajaan sangat teliti dalam hal ini, lagipun semua itu melibatkan
kontrak," katanya.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan
kerasionalan kos pembinaan ECRL dengan harga RM55 bilion seperti yang
diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam Bajet 2017,
Jumaat, lalu.
[ARTIKEL BERKAITAN: 'Kos ECRL RM55b macam nak bina landasan emas']
Aziz berkata, kenyataan itu adalah dakwaan Mahfuz semata-mata kerana beliau tidak melihat perkara ini secara terperinci.
"Dia ambil kesimpulan yang belum pasti dan tidak lihat semua. Bagaimana
dia dakwa itu terlalu tinggi?, Dia pun tak lihat teknikal pun lagi.
Untuk ke sebelah pantai timur banyak melalui gunung ganang, pembinaan
terowong libatkan kos tinggi, ini jajaran baru, ianya standard di
mana-mana negara dunia," katanya.
Katanya, tidak timbul isu kos di negara lain seperti Singapura murah dan Malaysia mahal, semuanya mengikut standard.
"High speed rail di Singapura itu kita jangka lebih kurang RM50 bilion,
oleh sebab itu, bajet yang dibentangkan itu adalah anggaran permulaan,
belum diperhalusi bergantung pada teknikal yang akan diselaraskan,"
katanya.
1 orang berkata:
Assalamualaikum... Maaf ya SOBAT saya mau jujur bahwa awalnya saya hanya mencoba-coba bermain togel karna saya terlilit hutang yang sangat banyak sekitar Rp 235 juta karna hutang saya banyak akhirnya saya mencari jalan pintas meskipun itu dilarang agama islam apa boleh buat nasi sudah jadi bubur dan akhirnya saya menemukan seorang dukun yang bisa membantu saya melalui jalan togel dengan lantaran bantuan MBAH WIRANG kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya karna itu semua berkat bantuan MBAH WIRANG dengan waktu yang singkat saya sudah membuktikan namanya keajaiban satu hari bisa merubah hidup kita menjadi kaya, buktinya angka pemberian MBAH 4D nya pada tanggal 23/10/2016 yaitu 9512 tembus alhamdulillah saya menang sebanyak Rp.480 juta dan alhamdulillah semua hutang-hutang saya sudah bisa terlunasih juga... Mungkin saudara/saudari diluar sana lagi butuh angka togel 2D|3D|4D silahkan konsultasi atau minta bantuan dengan MBAH WIRANG jangan takut anda bisa hubungi di nomer ( 082346667564 / +6282346667564 )
Tetap Semangat Semua Permasalahan Pasti Ada Jalan KeluarNya...
Post a Comment