Keluar dewan beramai-ramai tindakan tak matang
KUALA LUMPUR - Tindakan ahli Parlimen pembangkang keluar dewan semasa
pembentangan Bajet 2017 di Parlimen semalam menggambarkan
ketidakmatangan politik.
Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak
pembangkang sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan
rasa tidak puas hati dan bukannya bertindak biadap meninggalkan dewan.
“Mungkin seperti dirancang sebab mereka ada plakad. Kalau benar, mereka
memang tidak peduli apa yang dibentang dalam Belanjawan 2017 bentang.
"Mereka tidak tunjuk kematangan. Inilah standard pembangkang negara
ini, " katanya ketika ditemui pemberita selepas berakhirnya pembentangan
Bajet 2017, semalam.
Kecoh di dewan semalam apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak yang juga Menteri Kewangan mendakwa pemimpin pembangkang menuduh
negara sedang mengalami ribut ekonomi.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pembentangan Bajet 2017 cetus drama]
Berang dengan kenyataan Perdana Menteri itu, ahli Parlimen pembangkang
bangun serta-merta bersama plakad #SiapaMO1? sekali gus menukarkan
suasana tenang dewan kepada hingar-bingar tidak terkawal.
Keadaan tidak terkawal itu menyaksikan campur tangan Pandikar yang
akhirnya terpaksa mengarahkan ahli Parlimen meninggalkan dewan sekiranya
tidak mahu mendengar isi pembentangan Bajet 2017.
Seketika kemudian, rata-rata ahli Parlimen pembangkang khususnya DAP, PKR dan Amanah bertindak bangun meninggalkan dewan.
4 orang berkata:
Pas bagus tak tinggalkan dewan.
Presden dia je tak bagus.
Kenapa kerusi dia kosong?
Cirit birit ker?
Tak matang.
Bodo.
Besok perbahasan jgn tanya soalan bodo plak
dia dah kawan umno maknanya x kelua dewan tu jihad..
kalo dia kawan dap,kelua dewan tu jihad..hehehe..ko terbalik2kan je..sifir dia gitu
Dr kepala sampai hijung ekor memang bangang...
Post a Comment