Kesal aktiviti 'curi' ahli sesama parti pembangkang
KOTA KINABALU - Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat),
Datuk Seri Lajim Ukin kesal dengan aktiviti 'mencuri' ahli parti dalam
kalangan sesama parti pembangkang tempatan di Sabah.
Lajim berkata sikap mencuri seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana
parti-parti berkenaan adalah sama-sama parti pembangkang tempatan
Sabah.
"Tapi maklumlah, masing-masing (parti-parti pembangkang baharu)
sekarang mencari orang (ahli). Kita pun kesal sedikit kerana kita ini
sama-sama pembangkang tetapi ada juga yang mencuri ahli kita.
"Ini satu sikap yang saya rasa tidak perlu dilakukan oleh mana-mana
parti," katanya kepada pemberita ketika mengumumkan barisan kepimpinan
tertinggi parti itu di sini hari ini.
Parti Harapan Rakyat diluluskan pendafatrannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 24 Oktober lalu.
Menurut Lajim, partinya itu tidak akan 'mencuri' ahli-ahli dari parti
pembangkang tempatan namun berazam untuk mengajak ahli-ahli parti dari
Semenanjung yang ada di Sabah untuk menyertai parti berkenaan.
Lajim berkata parti berkenaan juga sedia bekerjasama dengan semua
parti-parti pembangkang tempatan di Sabah selagi mereka sanggup menerima
perjuangan partinya untuk menuntut pelbagai hak rakyat Sabah.
Ditanya mengapa perlu ada parti Harapan Sabah sedangkan matlamat
perjuangannya lebih kurang sama dengan Parti Warisan Sabah (Warisan),
Lajim berkata "kita mempunyai strategi tersendiri. Tak perlulah saya
'highlight' strategi itu".
Dengan kelulusan parti Harapan Rakyat, Sabah kini mempunyai dua buah
parti pembangkang baharu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14
kelak. - Bernama
1 orang berkata:
Kat uganda ada parti penyamun balak
Post a Comment