Pas sedia bincang dengan Bersatu, PKR
KEMAMAN - Gabungan Pas bersama Bersatu dan PKR dilihat mampu membentuk
formula berkesan untuk menumbangkan BN sekali gus memastikan berlakunya
peralihan kuasa politik pada pilihan raya akan datang.
Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali berkata, kerjasama
itu membawa perkembangan positif yang akan membuka peluang kemenangan
lebih cerah kepada pembangkang bagi pertandingan satu lawan satu antara
gabungan pembangkang dan BN.
“Kalau hendak tumbangkan BN kita perlu kalahkan Umno terlebih dahulu
sebab majoriti kerusi BN didominasi Umno. Kita bukan perlu semua kerusi
Umno, kalau dapat lebih separuh menang pun kita (pembangkang) akan
menang.
[ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu syor pembangkang tubuh Barisan Rakyat]
“Semua ini bukan kerja sukar tetapi kita semua perlu kerja kuat. Kalau
ketiga-tiga parti masing-masing tidak mahu bergabung dan bergantung pada
parti sendiri sahaja tentu sukar untuk menang, jadi kita perlu
bekerjasama.
“Pas sedia berbincang dengan Bersatu dan PKR kerana gabungan ini satu
formula pembentukan gabungan pembangkang yang lebih kuat. Sekarang, Pas
masih bekerjasama dengan PKR dan dengan Bersatu belum secara rasmi,”
katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan Ceramah Perdana Himpunan
Harapan Semua (Harap) 3.4 di Kemasek, di sini, malam tadi yang turut
disertai Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Naib Presiden
Pas, Idris Ahmad.
Tambah Mustafa, beliau secara peribadinya turut menjangkakan tidak
mustahil PRU ke-14 akan diadakan sekitar Jun atau Julai tahun hadapan
dan sehubungan itu semua pihak perlu kuatkuasakan lagi gerak kerja mulai
sekarang.
Sementara itu, Idris sewaktu sidang media selepas program ceramah
berkenaan berkata, Pas bersedia mengadakan perbincangan berhubung
cadangan Muhyiddin untuk mewujudkan kerjasama rasmi antara Bersatu dan
Pas.
“Saya tidak boleh bagi kenyataan lanjut berhubung perkara ini kerana ia
termasuk soal polisi serta strategi politik. Benda ini besar, jadi kita
akan bincang berkali-kali terlebih dahulu, kalau mesyuarat biasa memang
selalu kita buat dua minggu sekali kadang-kadang setiap minggu,”
ujarnya.
1 orang berkata:
Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D
dan alhamdulillah saya dapat Rp.330 juta dan semua ini
berkat bantuan angka dari MBAH SANGKIL
karena cuma beliaulah yang memberikan angka
ghoibnya yang di jamin 100% tembus awal saya
bergabung hanya memasang 70 ribu karna
saya gak terlalu percaya ternyatah benar-benar
tembus dan kini saya gak ragu-ragu lagi untuk memasang
angkanya karna 4X berturut-turut saya menang
buat anda yang butuh angka 2d 3d 4d dijamin tembus
hubungi di nomor hp: (~0852~1049~3757~) MBAH SANGKIL
saya jamin beliau akan membantu kesusahan
anda apalagi kalau anda terlilit hutang trima kasih..
Post a Comment