Pemimpin adil antara 'selamat' di Padang Mahsyar
GEORGETOWN - Pemimpin adil antara golongan yang akan terlepas dari
Padang Mahsyar, demikian menurut penceramah terkenal, Datuk Abu Hassan
Din Al Hafiz.
Jelasnya, itu antara ciri tujuh golongan yang akan terlepas serta dipayungi ketika berada di padang mahsyar.
"Jadi pemimpin dunia ataupun pemimpin negara kenalah adil, tidak pilih kroni dan sebagainya.
"Ia termasuk pemimpin keluarga sekalipun, ada dua hingga empat isteri, kena adil, barulah selamat.
"Ada yang bertanya pada saya, jika pemimpin adil, dan dia terbaik tetapi tidak solat?
"Adakah masih berada dalam golongan ini? Ya dia masih berada dalam
golongan ini tetapi ingat sebelum ke padang mahsyar dia akan berada di
alam kubur dahulu, akan melalui seksa kubur, jadi biarlah kita jadi
pemimpin yang adil serta cukup amal ibadahnya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika Ceramah Perdana Majlis Pelancaran Dana
Surau Kompleks Kota Raja, Ipoh di Masjid Jamel Al-Munawwar Kelawei di
sini.
Hassan Din dalam ceramahnya juga menjelaskan, golongan kedua selamat
ketika berada di Padang Mahsyar ialah seseorang yang bersedekah tetapi
dirahsiakan.
"Kita sedekah RM10,000, RM20,000 jangan cerita dekat orang, ini sedekah RM10 pun sudah riuh.
"Bila hendak infak sesuatu, rahsiakan, seperti tangan kiri langsung tidak tahu apa yang tangan kanan lakukan.
"Sebaliknya pada hari ini, apa yang berlaku ialah sumbangan baru RM1,000 tapi cek sudah sebesar pintu masjid," katanya.
Tambah beliau lagi, lima golongan lain termasuklah orang yang jiwanya terpikat dengan masjid.
Selain itu anak muda yang berjaya mengharungi masa mudanya kerana ALLAH
SWT adalah kelompok keempat dipayungi di Padang Mahsyar.
"Seterusnya, dua orang yang berkasih sayang kerana ALLAH SWT, mereka
bertemu kerana ALLAH dan berpisah juga kerana ALLAH, sama seperti Ansar
dan Muhajirin.
"Golongan keenam ialah seseorang yang apabila menyebut ALLAH SWT,
mengalir air matanya, bila sebut neraka, mengalir air matanya,
masya-ALLAH," katanya.
Hassan Din berkata, kelompok terakhir ialah lelaki mahupun wanita yang
bila diajak melakukan maksiat tetapi dia menolaknya kerana takutkan
ALLAH SWT.
"Bila diajak, dia mengucapkan maaf, saya takut kerana ALLAH SWT," katanya.
7 orang berkata:
Kalau dia sapu hutan sampai licin dan rosakkam kehidipan org asli kat hutan tu, kira adil tak??
Adil tak kalu dia nak tanam orang islam dalam jirat cina??
Lagi satu kan pak karamu, kalu dia masukkan calon kat tempat parti pkr ngan psm, tu kira adil jugak ker??
Tanya je.
Jgn la ambik hati plK yer
Kalu adil tapi selalu maki baruakan orang, dpt payung jugak ke kat padang mahsyar?
Kalu kat hati tu kerja asyik nak takfiri orang aje boleh selamat ker kat padang mahsyar?
Saja tanya....
Klu kita ejek org kapir dgn panggilan yg org tak suka spt pan kuali, dapigs, tokey pil kuda dll bolr ke, pak karamu???
Itu pun dapat payung ke kat pdg mahsyar???
Saja je nak tau.
Siapakah antara pemimpin walaunta di uganda yg mati dan meninggalkan harta 4 dirham saja kpd keluarganya???
Siapakah pemimpin walaunta yg bila dah jadi pemimpin, hidup dia jadi lebih miskin??
Bole tolong senaraikan....
Heeeed
x adil tu biase2 je tu..kita sama je pun x da yg adil,sembang boleh r hehe..
takfiri tanpa tahkik sesapa yg x sokong parti kita itu baru betul2 kerja gila tu..org tua2 kata xda kerja cari kerja..politik punya pasal sampai buat kerja gila hehe
Nak tanya....
Joko vidodo indonesia tu ada naik velfire ker ranger ker vw ker bmw 7 series ker, ha?? Sbb tempat kita org asli jln kaki, ularmak naik velfire.....
Post a Comment