Gerakan jangan terikut dengan DAP
GEORGETOWN - Sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) Islam Pulau Pinang
berkumpul di hadapan Ibu pejabat Parti Gerakan Pulau Pinang bagi
menggesa menyokong pindaan Akta 355 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah) 1965.
Antara NGO Islam yang terlibat adalah Gabungan Bina Insan Pulau Pinang,
Pekida Timur Laut, Raudatulhuda Pulau Pinang, Jaringan Muslim Pulau
Pinang dan Persatuan Anak Jati Pulau Pinang.
Jurucakap kumpulan terbabit, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata,
tindakan mereka itu bagi memberi isyarat kepada parti komponen BN
berkenaan agar tidak menghalang usaha untuk meminda akta terbabit.
Menurutnya, sebagai sebuah parti komponen kepada sebuah parti yang
sedang memerintah negara kini, Gerakan digesa agar tidak menghalang
usaha pindaan itu seperti DAP.
"Kita berkumpul di sini hari ini untuk menggesa Gerakan supaya tidak
terikut dengan DAP. Ini kerana, cara mereka mengeluarkan kenyataan
saling tidak tumpah seperti DAP. Gerakan mesti menghormati Perlembagaan
dan mesti terima hakikat bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara
ini. Suka tidak suka mereka perlu akur.
"Gerakan digesa jangan biadab seperti pemimpin DAP yang turut mengajar
pengikut mereka biadab terhadap Perlembagaan negara. Jika benar Gerakan
adalah parti komponen BN yang memerintah negara, mengapa mereka
seakan-akan mengikut kelakuan DAP? Perlu diingatkan, agama Islam perlu
diletakkan dalam nombor satu di Malaysia," katanya ketika berhimpun di
Jalan Macalister di sini, hari ini.
Mohamed Hafiz berkata, Gerakan perlu bersikap profesional dan bukannya
menunjukkan sikap kurang cerdik dalam menghadapi isu agama Islam.
"Saya harap Gerakan tidak menunjukkan sikap tidak elok kepada rakyat
seperti DAP. Kita tidak faham mengapa parti komponen BN yang satu ini
(Gerakan) seolah-olah membodohkan diri dalam isu ini. Adakah Gerakan
bermain mata dengan DAP dalam isu ini?
"Lebih dikesali, mereka mengugut kerajaan bahawa akan meletak jawatan
jika BN sokong pindaan akta itu. Ingin saya tegaskan, tak usah ugut,
letak sahaja jawatan itu. Biar rakyat tahu Gerakan juga tidak cerdik
seperti DAP. Perlu ingat, ramai Melayu undi Gerakan di Pulau Pinang
(walaupun tidak menang). Jangan sampai orang Melayu marah dan tidak
sokong serta hilang kepercayaan terhadap Gerakan," katanya.
6 orang berkata:
Oiii ngok...
Bukan gerakan dan dap je.
Mca dan mic pun tak setuju la.
Pasal apa??
Pasal hang pandai sangat main politik.
Dah ko terajang orang tu, pah tu ko nak mintak org tu sokong ko. Tak ke bodo namanya tu.
Pah tu bila tak sokong ko, ko baruakan, ko kapurkan, ko nak tanam jirat cina.
Org mabuk aje yg nak sokong ko klu perangai ko tu tak mcn manusia.
Dap, mic, mca, gerakan, parti sabah suma sokong. Tapi yg kena balun cuma dap sorang ngan amanah. Sbb apa?? Sbb dlm hati tu ada dendam kesumat, tidak mahu mengalah, riak sombong dan sikap tidak boleh memaafkan org lain. Perjuangan seperti ini selalunya akan berakhir dgn kegagalan.
Percayalah.
Dlm perang uhud, tentera Islam tewas kerana sikap tamak sebahagian tenteranya dan juga kesilapan membaca strategi musuh. Ia sebenarnya pengajaran untuk kita. Tapi kita lupa kerana ego kita.
Perang khandak tentera musuh kalah sbb strategi yg tersusun
jgn la ko samakan nabi saw dan sahabat2 dengan situasi kita org malaysia lak..seolah2 nabi n sahabat berhukum dengan sistem demokrasi..manada nabi berhukum dengan 1 hukum yg bila nabi nak buat hudud nabi kena dapat restu semua pemimpin kafir kat dalam negara dia..kita je yg berhukum pakai hukum tu..hehe
terpaksa..barang yg kita terpaksa buat ni jgn beriye2 sgt..kelak binasa sendiri hihi
Post a Comment