Thursday, October 27, 2016
ANWAR IBRAHIM GAGAL LAGI !
Anwar Ibrahim gagal lagi.
Dan pakatan pembangkang pula terpaksa menanggung a taste of own medicine kerana merekalah di antara yang kuat membantah cadangan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.
Contoh terbaru ialah Mahkamah Tinggi Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan yang berkaitan dengan liwat dan telah menolak permohonan qazaf Anwar Ibrahim terhadap peguam Muhammad Shafee Abdullah.
Hakim Mohamed Fouzi Mokhtar berkata demikian kerana negeri Selangor tidak menganggap liwat satu kesalahan sama dengan zina.
Beliau berkata ini walaupun penerimaan majoriti ulama Islam bahawa liwat boleh dimasukkan di bawah zina.
Mahkamah tersebut, katanya, mempunyai bidang kuasa yang terhad dan hanya boleh melaksanakan dan mentafsirkan undang-undang.
Dalam keputusan lisannya, beliau berkata, oleh kerana bidang kuasa yang terhad, maka terpulang kepada badan perundangan negeri atau badan perundangan persekutuan untuk memperluaskannya.Puak pembangkang pasti pening kepala untuk menjawab isu ini. Malah, portal pro-pembangkang
'melanjutkannya' |
'perluaskannya' |
MiM percaya bahawa isu yang membabitkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah yang terhad dalam kes qazaf Anwar ini TIDAK akan diungkit lagi oleh puak pembangkang, apatah lagi mahu membesar-besarkannya.
Mereka akan tutup mulut dan akan merekacipta isu lain supaya rakyat terutamanya umat Islam di negara ini tidak lagi bercakap tentang kuasa terhad Mahkamah Syariah ini.
Ianya kerana ludah akan terpalik balik ke muka puak PKR, DAP dan PAN yang sebelum ini membantah perlaksanaan memperkasakan undang-undang Syariah.
Ironisnya, Wan Azizah telah berkata,
"Justeru, demi menegakkan hak dan keadilan serta memartabatkan perundangan syariah di Selangor, kami menggesa agar kenyataan terbuka Muhammad Shafee itu disiasat di bawah Seksyen 36 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995."Maka sekarang, Wan Azizah sepatutnya juga menjadi penyokong kuat kepada usul pindaan Rang Undang-Undang bagi memperkasakan Mahkamah Syariah (RUU355) jika benar-benar 'mahu menegakkan hak serta memartabatkan perundangan syariah.'
Beranikah Wan Azizah atau pun beliau buat-buat tidak nampak kuasa terhad Mahkamah Syariah ini?
3 orang berkata:
Lancauuu
Apa kena-mengena dgn ruu hadi tu?
Bila pas nak saman sarawak report? Waa sedap laa mentekedarah duit haramm.. mmg haramjadah. Dalam jubah ada siku, lutut dan duit 90juta.
chrome hearts
hogan outlet online
michael kors outlet handbags
adidas tubular x
curry 4
cartier love bracelet
nike polo
michael kors factory outlet
nike air max
pandora jewelry
Post a Comment