GEORGETOWN - Satu memorandum telah dihantar kepada Ketua Menteri Pulau
Pinang, Lim Guan Eng untuk mendesak Setiausaha Agung DAP itu meletak
jawatan.
Kumpulan yang menghantar memorandum itu berarak dalam Himpunan Pemuda
Bangkit 2016 Ride Against Corruption 2.0 itu tiba di pekarangan Komtar
kira-kira jam 2 petang tadi.
Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berkata, ini merupakan
perhimpunan yang kedua selepas Himpunan Bangkit 2016 yang diadakan awal
bulan lalu itu turut melibatkan penyerahan memorandum kepada wakil
kerajaan negeri.
Menurutnya, antara intipati memorandum berkenaan mendesak Guan Eng
untuk menarik semula sokongan terhadap Perhimpunan Bersih 5.0.
"Dalam memorandum itu juga, kita mendesak agar Kerajaan Pulau Pinang
membina dan membangunkan perumahan kos rendah bagi penduduk negeri ini.
Kita turut mendesak agar Guan Eng menangani masalah pembangunan tidak
terkawal yang menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan.
"Selain itu, memorandum berkenaan turut mengandungi desakan agar
menghentikan pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi yang
menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Guan Eng juga didesak agar
menghentikan aktiviti penambakan laut yang mengakibatkan berlakunya
gangguan kepada ekosistem dan memberi kesan kepada punca pendapatan
nelayan pesisir pantai," katanya kepada media, hari ini.
Khairul Azwan berkata demikina selepas menyerahkan memorandum berkenaan
kepada Pegawai Maklumat Kerajaan Pulau Pinang, Zahar Zainul.
Khairul Azwan berkata, perhimpunan itu adalah solidariti anak muda bagi
mendesak Guan Eng meletakkan jawatannya kerana terlibat dengan dua
pertuduhan rasuah di mahkamah.
"Ini amaran kedua selepas perhimpunan yang sama di Persiaran Gurney
pada 1 Oktober lalu. Jangan ambil mudah dengan desakan kami kerana kami
konsisten dengan tuntutan kami. Guan Eng sudah hilang kredibiliti, mana
mungkin masih memerintah Pulau Pinang?
“Kami juga memberi amaran, jangan sesekali mengadakan Bersih 5.0 kerana
kita akan berperang jika ia terus diadakan. Itu janji kami. Bersih 5.0
adalah alat DAP untuk menjatuhkan negara," katanya.
Terdahulu, seramai 3,000 anak muda berkumpul dengan menyertai Himpunan
Bangkit Pulau Pinang 2016 Ride Against Corruption bagi memberi amaran
kepada penganjur Perhimpunan Bersih 5.0 agar tidak menyerang Umno dan
BN.
Himpunan itu juga bagi menunjukkan sokongan kepada Umno dalam menggesa
Guan Eng meletak jawatan atau bercuti kerana terlibat dalam dua
pertuduhan rasuah.
1 orang berkata:
kalo kene kat umno dan pas mereka akan letak jawatan x?aku x rasa dorang akan letak jawatan..sama la dap pun hehe..khalifah umar abd aziz tu dlu nak buat pemuja2 pas terpancut klimaks je..memang terpancut2 klimaks pun waktu tu..sedih tengok pas..pendusta x kenal pendusta wat malu keturunan je hehe..
Post a Comment