Tindakan disiplin tidak akan jernihkan keadaan parti
SHAH ALAM - Pengumuman bekas pimpinan Umno untuk keluar parti baru-baru
ini, atas alasan hilang kepercayaan terhadap Umno dan kerajaan BN bukan
satu perkara yang boleh dianggap remeh.
Menurut penganalisis politik, Md Shukri Shuib, perlu ada tindakan
pembetulan terhadap isu ini dan juga diambil serius oleh pemimpin
atasan.
“Tindakan disiplin dengan memecat atau membekukan jawatan tidak akan menjernihkan keadaan.
“Tindakan pembetulan terhadap tingkahlaku dan juga isu yang
dibangkitkan pemimpin atasan dan ahli parti juga perlu diambil perhatian
serius
“Lebih elok jika setiap pemimpin dan ahli meluah perasaan di dalam
parti berbanding mendorong mereka untuk berada di parti lawan,” katanya
ketika dihubungi Sinar Online.
Selain itu, beliau juga merasakan kritikan yang dibuat haruslah tidak merosakkan imej dan parti itu.
“Kritikan harus berasas dan tidak merosakkan imej parti. Umno pula
jangan asyik menutup pintu pada kritikan dan teguran,” tambahnya lagi.
Usah sibuk Dalam pada itu, beliau juga turut agar pemimpin Umno tidak menyibukkan
diri dengan usaha mengambil tindakan pada pemimpin dan ahli.
“Usah disibukkan dengan usaha mengenakan tindakan pada pemimpin dan
ahli yang dikatakan tidak sehaluan dengan pemimpin utama Umno.
“Akan tetapi, mulakan usaha menjejak dan mendekati tokoh rakyat
setempat di kawasan-kawasan seluruh negara supaya parti itu terus
positif di peringkat lokal dan cawangan,” katanya lagi.
Tawar tokoh dan ikon masyarakat Menurutnya lagi, Umno harus menawarkan tokoh dan ikon masyarakat dalam parti itu.
"Umno harus memberikan perhatian serius dalam mendampingi semua tokoh masyarakat dan orang muda negara ini.
“Paling utama ialah semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 nanti ialah
pemilihan calon yang merupakan tokoh masyarakat yang disegani supaya
mudah untuk mendapat ‘restu’ dan mandat rakyat
“Di samping itu, ia akan memberikan promosi dan kekuatan imej pada Umno
sebagai parti rakyat yang komited pada kebajikan,” katanya lagi.
Parti pemerintah negara Di samping itu, beliau juga meminta agar Umno menekankan isu yang lebih
utama iaitu mengekalkan parti tersebut sebagai pemerintah utama di
negara ini.
“Yang utama pada Umno seharusnya bukan soal mahu mengekalkan prestij
dan kedudukan semata-mata, tetapi yang lebih utama adalah untuk kekalkan
Umno sebagai parti pemerintah utama di negara ini,” katanya mengakhiri
bicara.
2 orang berkata:
Sama jew dgn parti walaunras kat uganda nun. Klu nak tahu jumlah ahli parti walauntas yg dah kuar parti, tengok berapa jumlah ahli amanah.
Umno pecat ahli. Pas pecat ahli. Sekufu.
Post a Comment