Selangor, Kelantan milik BN PRU14?
SELAIN Umno dan DAP, semua parti sama ada daripada BN
ataupun pembangkang tidak memperoleh apa-apa kelebihan dalam cadangan
peta persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sekiranya cadangan persempadanan semula itu diluluskan Parlimen,
sementara Pakatan Harapan gagal mencapai kata sepakat dengan Pas
mengenai pembahagian kerusi, adalah diramalkan Selangor dan Kelantan
yang diperintah oleh pembangkang akan berjaya dirampas oleh BN pada
PRU14.
Penganalisis PKR, Chan Ming Kai memberitahu Sin Chew Jit Poh, hasil
kajian partinya juga mendapati tiga negeri iaitu Perak, Kedah dan
Terengganu juga bakal dimenangi BN dengan majoriti dua pertiga kerusi.
Menurutnya, di bawah cadangan SPR itu, kebanyakan pengundi Cina akan
dipindahkan ke kawasan milik DAP sehingga kawasan campuran Melayu dan
Cina semakin berkurangan.
"Apabila berlakunya keadaan ini, Umno Selangor akan dapat faedah kerana
tidak dapat dinafikan, kemenangan calon Pas pada PRU 2013 adalah atas
sokongan pengundi Cina.
"Keadaan juga tidak akan memihak kepada Pas sekiranya berlaku
pertembungan tiga penjuru apabila Amanah turut meletakkan calon,"
katanya.
Ming Kai berkata, keadaan yang sama juga berlaku di Kelantan apabila Amanah meletakkan calon sehingga membabitkan tiga penjuru.
13 orang berkata:
Kelantan terbang, padan muka korang.
Selangor tetbang, padan muka azmin dan exco.
Tapi tak apa sbb duit pencen dah ada. Tanah dah ambik. Duit balak byk lagi. Boleh buat pergi haji. Mabrur...mabrur..
Antara perkataan yg menyebabkan kelantan dan selangor bakal tumbang ialah : "barua, babi dalam bukit, dapigs, imam LKS, tokey pilkuda, takfiri, ruu 355, jirat cina" dan lain-lain.
Perkataan itu meninbulkan kebencian keterlaluan masyarakat umum kepada parti kita. Siapa yg perlu bertanggungjawab, kita semua sedia maklum. Cuma, selalunya org yg sebut perkataan tu, lempar batu sembunyi tangan, disusuli mennakfir semula sebab kita dah tak pangkah parti cacamarba.
Alhamdulillah kalau kelantan dan selangor jatuh ke BN. Jangan nak nafi pulak BN dah banyak bantu rakyat sedangkan walaun parti kita tak habis2 nak barua dan takfirkan rakyat. Biarlah parti kita terlungkup dan mereput sampai kiamat.
Jangan ingat Amanah parti budak hingusan. Sekali Amanah ambil keputusan 3 penjuru di semua calon pas ditempatkan, kesannya semua calon pas boleh kalah kepada BN. Kesannya, Pas boleh hilang kelantan dan hilang jawatan exco di selangor. Pad boleh terduduk dan tak mampu bangun semula sampai bila2 jika Amanah menetapkan 3 penjuru.
Amanah rugi apa??? Tarakkkk.
Amanah, dap, pkr, bersatu lawan pas lawan umno.
Agak2 pas boleh menang ker?
Sah kelantan bakal dapat kerajaan baru.
Pas boleh perintah kelantan lagi?
Kah kah kah
Time hj nik aziz, pas dpt kelantan.
Time hj nik aziz dah tak ada, pas hilang kelantan..
Aamiin.
Pembangkang kena ingat, kalau 3 penjuru kelantan pasti tumbang. Pas dan Amanah tak perlulah nak tunjuk besar kepala dan hebat sangat.
Melainkan kalau pas memang saja2 nak bagi BN memerintah Kelantan.
Orang jual nasi lemak dan tomyam kat KL macam aku ni, tak kisah sapa2 pun yang bakal mentadbir kelantan. BN ker, Pas ker. Sikit pun aku tak kisah. Tak ada kena mengena. Rugi tidak, untung pun tidak. Pas BN Amanah nak tergolek ker, nak mereput ker, dia punya pasal. Yg jauh lebih penting ialah nasi lemak dan tomyam aku laku. Bukan BN dan Pas atau Amanah pun yang bagi duit makan kekuarga dan pekerja aku.
Nak mereput pun aku suka. Hidup pun menyusahkan rakyat. Habiskan duit, tanah dan balak rakyat. Cehhh
Tengok iklim politik sekarang, kelantan mcm nak dpt MB baru aje. Best la org kelantan.
Mudah2an BN atau PH dpt menawan kelantan. Dah jemu sangat dgn cara Pas memerintah. Nak buat highway pun lembap macam siput babi panjat pokok.
Bila agaknya Pas nak buat ruu untuk memartabatkan rumah mangsa banjir di Kelantan ye??
Oiii dol..jangan terkejut kalu pru 14 ni pas dpt tawan malaysia. Pas kan kuat. Hadi jadi PM.
Ptuiii
Pas akan hilang Kelantan. Percayalah.
Anak Kelantan bangkit. Pas Kelantan tidak lagi sokong anak Kelantan. Kita sokong parti yang bangkit sokong anak Kelantan dlm menuntut Royalti Utk Kelantan!
Post a Comment