Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIDAK LAMA LAGI MINYAK JADI KERING

Negara jangan bergantung sumber petroleum sahaja
Tuan Ibrahim

SHAH ALAM - Pas mengigatkan kerajaan supaya tidak lagi boleh bergantung penuh dengan petroleum sebagai sumber pendapatan negara.

Ini kerana menurut Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, harga komoditi yang kian merudum boleh menjerat ekonomi negara.

Sebaliknya katanya, kerajaan harus menumpukan usaha memperluas dan memajukan sektor pertanian di negara ini.

"Sepatutnya negara yang kaya dengan pelbagai hasil sumber asli dan kedudukannya yang strategik memudahkannya menarik pelabur luar.

"Pergantungan kepada sumber petroleum telah menjerat kerajaan bila mana harga komoditi tersebut merudum. Hari ini, tumpuan harus ditumpukan kembali ke sektor pertanian," katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menambah, Malaysia semakin jauh ditinggalkan oleh dua negara jiran, Thailand dan Indonesia dalam sektor pertanian.

Menurutnya lagi, Malaysia juga harus mengambil kesempatan daripada Singapura yang hanya bergantung kepada sektor perkhidmatan.

"Kekurangan ini sebenarnya membuka ruang yang luas bagi negara mengambil posisi sebagai sektor bekalan sumber pertanian dan bahan mentah kepada negara jiran ini.

"Pergantungan utama kerajaan kepada cukai iaitu duit daripada rakyat amat membimbangkan.

"Ia juga membuktikan kerajaan ketandusan idea bagi merancang dan mencari jalan keluar kepada kemelut ekonomi yang dijangka berterusan buat beberapa tahun mendatang.

"Jadi langkah ini perlu diambil kira bagi menyelamatkan ekonomi negara pada masa akan datang," katanya lagi.

1 orang berkata:

Anonymous said...

2x5 je la pun..
ko pun ada alasan ko tarah hutan,org pun ada alasan dia tarah petroleum..
kalo asbab tangan ko hutan habis kene tarah moga Allah permudahkan kami semua..kalo asbab tangan ko petroleum abis kene tarah moga Allah permudahkan kami semua juga..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.