Pas perlu fikir masak-masak
KOTA BHARU - Biarpun terus cuba dilamar dan dipujuk oleh Bersatu untuk
bekerjasama pada PRU14 nanti, namun Pas masih belum membuat keputusan
rasmi dalam soal itu.
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, keputusan untuk
jalinkan hubungan dengan parti yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yasssin
itu perlu difikirkan semasak-masaknya dengan tidak membelakangi
pimpinan.
“Setakat ini belum ada apa-apa persetujuan, (kerjasama) mesti ada
keputusan dasar yang dibuat oleh kepimpinan tertinggi. Tidak boleh
sewenang-wenangnya.
“Tetapi mana-mana parti nak wujudkan kerjasama dengan pembangkang itu
terpulanglah, kita ada dasar kita,” katanya kepada media semalam.
Terdahulu, beliau menyampaikan amanat Menteri Besar Kelantan Sempena 26
Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam Peringkat negeri bersama di
Kompleks Kota Darul Naim.
Dalam pada itu, Ahmad juga memberitahu, biarpun Kelantan menghadapi
pelbagai kritikan apatah lagi ketika hampir musim PRU14, namun beliau
yakin dasar Membangun Bersama Islam yang dilaksanakan secara telus
selama ini membawa rahmat kepada negeri.
“Kerana kita berada atas dasar yang benar kita yakin, kita tidak
tertekan dan terus berikhtiar kerana kita tahu dari dulu lagi Pas
berdepan dengan pelbagai tekanan, cabaran, tetapi terus ke depan,”
katanya.
Sementara itu, dalam amanat selama 30 minit itu juga Ahmad turut
meminta supaya kakitangan kerajaan negeri mengelak daripada amalan yang
bercanggah dengan prinsip Islam.
“Kita sama sekali tidak ingin mendengar berlakunya ketirisan dalam
pengurusan aset-aset milik kerajaan. Kita sama sekali tidak akan
bertolak ansur sekiranya terdapat apa jua penyelewengan yang berlaku.
“Mutakhir ini, kita dicemari fitnah dan maklumat separuh masak yang diviralkan kepada umum termasuk menerusi media sosial.
“Tambah parah apabila masyarakat kita pula suka mengambil maklumat
tanpa usul periksa lalu tercetus persepsi yang salah. Perkara ini mesti
ditangani dengan berhemah oleh pihak berwajib,” katanya.
17 orang berkata:
semua parti munafik..
munafik serang munafik..hehe
Puak kau lg munafik..kata hudud..rupanya ruu355 ni hukum manusia je..
Pas parti politik munafik peralatkan Islam.
Munafik penjual agama.
Walaunta ni klu fitnah org memang no 1. Mcm2 dia fitnah. Kafir la, jatuh iman la, munafik la, barua la, tokey pil kuda la.....
Mentang2 la dia ada no keahlian masuk syurga.....
Disebabkan parti politik keduniaan, sanggup org yg mengaku ulama menuduh org lain munafik. Mudah2an balik la kat batang hidung dia sendiri..
Dah la munafik bertanding di kerusi parti kawan, tuduh pulak kawan tu tokey pil kuda.
Apa jenis punya ulama mcm ni...
Janji klu hudud tak dpt laksana akhir 2015 dia nak berenti. Tak berenti pom...
Tu kira mcm mna turr?
Masuk group tak?
Saja tanya
Klu nak cerita pasal munapik ni, geng2 walaunta lagi parahh
Masa nak pilihan raya, janji nak bagi org asli mcm2, janji nak bantu mcm2, janji nak baiki org asli mcm2....
Dah menang...huh...hutan tempat derang hidup pun korang kasi sapu.
Tu janji apa turr??
Tu kira mcm mna turr??
Ni kira munafik tak?
Hari tu sibuk nak hudud.
Hari ni sibuk bukan hudud.
Pah tu org dah tau bukan hudud, dia senyap buat dekkkkk je.
Bodo org tuo neh
Bodo nanang orghe tuo neh
Bila harta dunia jadi nombor wahid, sorban besau pun goyang bro. Ingat akan kata2 Kahalufah Umar Abdul Aziz sewaktu dilantik menjafi gabenor????? Katanya : jawatan yg diamanahkan pd ku, telah metakkan sebelah kakiku di neraka. Fikirkan lah wahai pemimpin Pas semua.
ko lupakan je la pas..
dia kata bersih ko dah x jihad dah..mengarut je terpesong dah bersih ko tu..esok2 kalo ada rezeki berkawan balik ngan dap..nanti masa tu bersih baru jihad balik ye..sabar hehe
ha masa tu korang nyanyi sama2 lagu khalifah umar abd aziz tau..ha masa tu ape barang pun jadi jihad
hahaha
saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.
cheap jordan shoes
saints jerseys
ugg boots
nike outlet store
ralph lauren
michael kors outlet online
true religion outlet
ugg boots
nike roshe
reebok outlet
Post a Comment