Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANDAI ANUAR KEMBALI KEPENJARA

Rasanya keputusan Mahkamah sudah menghampirkan Anuar Ibrahim dengan penjara, ini sangat melapangkan dada pemimpin UMNO kerana mereka sangka Anuar adalah nadi kepada pergerakan Pakatan Rakyat, kerana itu mereka bermatia-matian untuk melakukan apa juga jenis serangan yang membolehkan Anuar menutup mulutnya sekali gus menutup mulut Pakatan Rakyat ? Jika inilah yang mereka sangkakan maka mereka adalah silap besar dalam percaturan politik mereka

Pada bacaan politik BN Anuar adalah penghalang besar untuk menyatukan bangsa melayu dan penghalang kepada perpaduan nasional bahkan Anuarlah yang mereka anggap sebagai menaikkan semangat DAP untuk terus aktif meransang supaya DAP bersikap lebih agrasib bagi menghalang BN senang meratah semangat para pemimpin Pakatan Rakyat, ini semua adalah jangkaan mereka yang dipandang sangat salah kerana para pimpinan Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS dan DAP rasanya ada yang lebih keras dari pendirian Anuar Ibrahim cuma mereka belum lagi menampakkan ketegasan mereka

Andainya Anuar Ibrahim ditakdirkan masuk kedalam maka rasanya tentangan Pakatan Rakyat akan bertambah hebat lagi terhadap BN ini menjadikan BN akan menempuh jalan yang lebih sukar lagi untuk mereka terus berkuasa, inilah yang kita tinjau dari suara rakyat yang berbagai lapisan kaum di negara ini dan suasana inilah juga mengapa Timbalan Perdana menteri mengatakan BN akan menghadapi perjuangan yang paling getir pada PRU 13 nanti, kenyataan ini memang ada kebenarannya, jadi tidaklah timbul soal Anuar ada ataupun tidak ada, pokoknya adalah suara rakyat yang mahukan perubahan

Politk negara bertambah kalut dan rakyat sedang memerhatikan ini semua dengan debar bila mereka boleh menumbangkan BN, rakyat tentunya sudah menilai keadaan politik negara dan ketenatan ekonomi negara yang sedang mereka alami sekarang ini, mereka mencongak-congak untung dan ruginya jika mereka terus menyokong BN dan PR, lazimnya jika mereka terus menyokong BN maka mereka sudah merasai pahit dan maungnya cara BN mengatur politik dan ekonomi negara dan sekarang mereka rata-rata mahu merasakan pula apa dan cara mana Pakatan Rakyat dapat memberikan keselesaan hidup kepada mereka




1 orang berkata:

Anonymous said...

saya lebih suka anwar dipenjarakan, sebab jasadnya dipenjara tetapi roh/jiwa dan semangatnya berada diseluruh negara insha Allah. Seorang Anwar dipenjarakan ratusan ribu lagi 'Anwar' malahan ada anwar berketuran cina, anwar berbangsa india, iban dayak, kaum asal akan bangun dengan gerakkan reformasi baru untuk mengujudkan gelombang dan tsunami politik tanah air.

Kalau Hishamudin penjarakan Anwar, tolong bawa kami bersama ke penjara. Kali ini kita hadapi sesiapa sahaja, yang membujur dirembas, yang melintang dicantas.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.