Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SIAPA YANG MELEPASKAN P.PINANG KEPADA GERAKAN SEKALIPUB UMNO MENANG LEBIH KERUSI ?

Zahid Hamidi Ingat Dia Bijak Sangat Kut, Boleh Fikir Macam Tu?

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan, berkata DAP merancang meletakkan calon orang Melayu di Perak untuk menguasai negeri itu dengan menteri besarnya terdiri daripada calon DAP.

"Ini kerana perlembagaan negeri Perak tidak mengizinkan orang bukan Melayu menjadi Menteri Besar, oleh itu DAP merancang meletakkan calon Melayu bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri supaya akhirnya Menteri Besar itu dari DAP," katanya.

Beliau berkata, di negeri lain, parti pembangkang itu merancang meletakkan calon Melayu di kawasan yang majoriti pengundi Melayu dan Barisan Nasional (BN) meletakkan calon bukan Melayu.

Katanya, strategi terancang itu tidak mustahil untuk dilakukan kerana DAP telah memulakan blog dalam bahasa Melayu berbanding selama ini hanya menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

"Kita menghidu rancangan DAP ini tanpa disedari oleh PAS dan PKR (Parti Keadilan Rakyat). Sebab itu saya ingin mengingatkan PAS dan PKR jangan jadi kuda tunggangan kepada DAP," katanya. - Mkini.

Naib Presiden Umno merangkap menteri sorang ni ingat bila dia terfikir macam tu dia ingat dia hebat sangat kut. Hebat mananya kalau baru terfikir benda macam tu padahal orang ramai dah sembang pasai benda ni sejak tahun 2008 lagi.

Bila BN tumbang di Perak dan kecoh nak pilih sapa jadi MB Perak yang baru, isu ni dah timbul. Masa tu lagi dah orang kampung pun hebuh sembang pasai ni. Naib Presiden Umno sorang ni baru sekarang ni bising.

Kalau betul orang melayu DAP jadi MB Perak pun apa masalahnya. Tara mana sangat lebihnya melayu Zambry dari melayu DAP. Kalau nak kira bagi peruntukkan untuk Islam, Guan Eng, cina DAP Penang tu bagi lagi banyak dari yang Zambry melayu Islam bagi kat Perak.
Kalau nak kira buat masjid, di Penang yang orang cina jadi Ketua Menteri pun cantik-cantik jugak masjid. Kalau di Perak ada majlis Agama di Penang pun ada jugak majlis agama. Kalau di Perak ada mufti di Penang pun ada jugak mufti.

Kalau nak kata melayu Umno kuat sangat semangat melayunya, pada aku tak kuat mana pun. Dah lebih 50 tahun orang melayu Umno jadi MB di Perak ni, orang melayu tak hebat mana pun. ekonomi masih jugak orang cina yang pegang.

Walaupun macam tu, Pakatan Rakyat bukan saja sedar sensitiviti isu ni malah dah berbincang dah pun pasai isu ni. Dan pemimpin DAP Perak sendiri pun dah buat pengumuman kalau Perak jatuh semula ke tangan Pakatan Rakyat Hj Nizar akan dilantik semula sebagai Menteri Besar Perak.

Untuk nak bagi rakyat Perak tak gundah gulana pasai isu ni, Pakatan Rakyat Perak dah pun buat keputusan yang dipersetujui bersama. Kalau Pakatan Rakyat dapat timbangkan Umno BN sekali lagi di Perak, tak kira parti mana pun yang ada ADUN paling ramai, Hj Nizar tetap akan diangkat sebagai menteri Besar Perak.

Jadinya, nak takut bising apanya. Mungkin ada yang akan kata, janji cina DAP mana boleh pakai. Kalau tanya aku, aku 100 kali lebih percaya janji cina DAP dari janji melayu pandy kutty Umno.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.