Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG MELAYU SUKA KONTOL, NAK BUAT CAM NE ?


Sepanjang minggu ini rakyat Malaysia semakin hangat dihidangkan dengan pelbagai paparan video seks yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kemana sahaja saya pergi pasti akan ada manusia yang bertanya tentang persoalan video seks ini.

Dari pejabat-pejabat, ke pusat beli-belah sehingga ke kedai-kedai kopi ianya menjadi isu dan topik paling hangat yang diperbincangkan oleh orang-orang Melayu khususnya. Malah ada guru yang memberitahu saya bahawa anak-anak remaja sekolah menengah juga bertanya mereka akan hal video seks ini.


Media arus perdana pula seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 serta RTM begitu ghairah dan rancak menyajikan isu seks ini kepada masyarakat awam sehingga tiada lagi batas-batas ‘kelucahan’ dan ‘’kejijikan’. Malahan tidak lagi perlu peduli akan batas-batas dan adab kesopanan yang selama ini di hormati oleh masyarakat Melayu kita. Anak-anak remaja juga turut diseret dalam kancah ini apabila mereka dapat mengikuti video seks menerusi You Tube atau suratkhabar serta gambar-gambar video yang dicetak dalam bentuk risalah dan diedarkan secara percuma di merata-rata tempat awam. 

Ya, rakyat terutamanya orang-orang Melayu kini menjadi keliru dan bingung dengan apa yang sedang di paparkan dihadapan mereka oleh media massa di negara kita. Ini di tambah lagi dengan sikap sesetengah pemimpin politik Melayu yang begitu ghairah mencanangkan isu video seks ini kepada masyarakat awam seolah-olah tanpa kesudahan. Kelucahan boleh diketepikan demi kepentingan politik yang begitu sempit. Apatah lagi soal hukum yang menjadi teras kehidupan orang-orang Melayu sendiri. 

Lebih parah lagi apabila soal hukum hakam agama kini diseret sama dalam polemik dan konflik politik Melayu di negara kita. Persoalan ‘sumpah laknat’ yang dilakukan di dalam Masjid dan merupakan tempat suci bagi setiap umat Islam juga menjadi perbualan ramai. Di kalangan sesetengah ulamak serta cendekiawan Islam pula, ada yang memberi pelbagai reaksi yang amat mengelirukan sehinggakan rakyat awam yang jahil tentang agama menjadi bertambah keliru dan kini seolah-olah dibiarkan membuat pelbagai penafsiran menurut lojik akal masing-masing mengenai soal ‘sumpah laknat’ dan Qazaf’. 

Pandangan serta nasihat sesetengan mufti-mufti dan ulamak bahawa isu itu harus ditangani secara qazaf dan bukannya secara sumpah laknat terus cuba di pinggirkan dan ditenggelamkan oleh media arus perdana seolah-olah tidak berguna langsung nasihat ini. Bagi mereka, yang penting nafsu ‘politik seks’ Melayu mengatasi segala-segalanya demi mencapai matlamat kuasa dan takhta yang ada. 

Ya, siapa sahaja boleh ‘bersumpah laknak’ di mana-mana maasjid di negara kita tanpa perasaan takut serta tanpa perlu mengambil pandangan para Mufti dan ulamak serta meneliti soal hukum hakam. Semuanya berpaksi kepada isu video seks yang kini meletakkan masa depan politik Melayu di tahap yang amat jijik memualkan serta tidak betamadun langsung. 

Persoalan yang harus di tanya, ke manakah hala tuju politik orang-orang Melayu di negara kita kini? Amalan politik apakah yang ingin di laksanakan dan dicapai oleh pemimpin-pemimpin politik Melayu yang ada? Kemana perginya adab serta kesopanan tata susila Melayu yang selama ini kita sama-sama junjung? Dan dimanakah pula nilai-nilai agama yang suci dan murni yang selama ini masyarakat Melayu pertahankan? Apakah segala-galanya boleh dihalalkan semata-mata untuk mencari keuntungan politik? Bagi saya, jika isu dan polimik ini bukan “politik jijik dan kotor’ maka maknanya akan hancurlah masa depan kepimpinan politik Melayu di negara kita dek kerana tamak haloba dengan kuasa dan tahkta. 

Lebih malang lagi isu video seks ini juga sedang mengheret kredibiliti Institusi kepolisian dan keselamatan negara yang dilihat gagal menangani isu ini dengan baik sejak dari awal lagi. Rakyat awam kini tertanya-tanya, apakah begitu sukar untuk Polis mencari dan mengenalpasti pelaku seks dalam video tersebut? Kebimbangan kita adalah institusi-institusi awam negara akan terus diseret dalam kancah politik seks Melayu ini sehingga rakyat akan terus hilang kepercayaan kepada kredibiliti institusi yang sepatutnya menjamin dan melindungi rakyat sendiri tanpa memilih bulu. 

Ya, inilah nasib politik Melayu di negara kita. Kalau saya di Terengganu, orang-orang Melayu di sibukkan dengan perbincangan hangat politik video seks ini di merata-rata tempat. Malangnya di hadapan mata mereka sendiri tanah-tanah mereka milik ratus tahun dan turun temurun kini terus terhakis di telan pembangunan dan sesetemgah mereka kini menjadi pelarian di bumi mereka sendiri. 

Ini di tambah lagi dengan persoalan keruntuhan akhlak yang seolah-olah tidak dapat di bendung lagi; dari penagihan dadah menbawa kepada persoalan buang bayi dan seks bebas yang kesemua sedang menempelak kredibiliti kepimpinan politik orang-orang Melayu di negara kita. Malang sungguh nasib dan masadepan politik orang-orang Melayu...menang sorak kampong tergadai.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.