Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK PAYAH BANYAK BUAT KENYATAAN, BLAH AJE ! PILIH MANA NAK UMNO ? PAS ? DAP ?

Saya Dituduh Pengkhianat PKR - Chegubard

PETALING JAYA: Badrul Hisham Shaharin yang kini menjadi tumpuan dalam PKR menegaskan beliau masih ahli parti dan menjadi ketua PKR cabang Rembau. 
 
Bagaimanapun, bekas calon AMK itu tidak menafikan beliau tidak disenangi oleh beberapa ‘pemuka’ dalam PKR Menurutnya, beliau dituduh pengkhianat dan menyerang parti.

“Persoalannya apa pengkhianatan saya ? Adakah kerana bekerja tanpa henti tanpa menunggu arahan atau kerana saya tegas mendesak ketelusan dalam parti termasuk mendesak penyelesaian laporan penyelewengan ketika pemilihan menyebabkan saya dilihat khianat?” katanya dalam blognya hari ini.

Bekas calon PKR parlimen Rembau dalam pilihan raya umum 2008 itu mendakwa ada pemuka parti yang cuba menggagalkan program Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang beliau penyelarasnya.

Katanya, program SAMM berbentuk karnival pada Febuari lepas mahu dibatal oleh pemuka PKR dengan menemui pihak Majlis Kerajaan Tempatan supaya tidak dibantu atau dibatal lesen.

“Ada pula yang menjaja nama Ketua Umum PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menemui penganjur yang bukan PKR supaya membatalkan program saya di sebelah utara Semenanjung.

“Ini berlaku berulang di beberapa tempat. Untuk rekod SAMM cuba bereksperimen dengan turun ke kawasan pilihan raya kecil sebagai NGO mendekati anak muda,

“Ketika sibuk di Tenang ada pula pemuka jahat yang cuba melagakan gandingan baik SAMM dan sebuah pertubuhan yang dinamakan ANAK (Anak Peneroka Felda Kebangsaan).“Apa sebenarnya yang mereka mahukan?” katanya.

Badrul Hisham atau lebih dikenali dengan panggilan Chegu Bard berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal berita tempatan semalam mengenai kemungkinan beliau meninggalkan PKR dan menyertai parti komponen Pakatan Rakyat.

Beliau menyifatkan portal itu silap memetik laporan kenyataan beliau di dalam blog miliknya.FMT

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.