Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO AKAN TAWAN SELANGOR BERMATI-MATIAN


TIMBALAN Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin memberi keyakinan kepada penyokong Umno di Selangor bahawa Barisan Nasional (BN) akan menawan kembali negeri itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 13 akan datang.
Malangnya, target Muhyiddin, BN akan hanya mampu menang 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun), untuk melayakkan berkuasa, seolah-olah Muhyiddin tidak yakin parti-parti komponen BN yang lain, selain Umno tidak mampu menang dan tidak mampu memberi apa-apa sumbangan kepada BN.


Di Selangor, dari apa yang Muhyiddin katakan, jika BN hendak menang semula, kuatkan Umno dan usah peduli dengan MIC, MCA dan Gerakan.

Berdasarkan beberapa keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK), Muhyiddin tentunya mendapat maklumat bahawa pengundi Cina dan India, tidak memberi banyak sumbangan kepada beberapa kemenangan yang BN capai.

Apakah Umno Selangor sudah bersedia? Atau mereka masih bercempera kerana bergaduh sama-sama sendiri kerana perebutan kuasa?

Sebenarnya, apa yang berlaku dalam Umno Selangor, Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dan Muhyiddin sedar bahawa harapan untuk merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakat amat sukar.

Setelah bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib "menyembunyikan diri" dan kemudiannya bekas Menteri Besar, Dr. Mohamad Khir Toyo didakwa di mahkamah, Umno Selangor sebenarnya ibarat anak ayam kehilangan ibu.

Walaupun kini Najib sendiri mengepalai Umno Selangor, tetapi banyak manalah masa yang Najib ada untuk menjalankan tugasnya di Selangor?

Itulah sebabnya, Dato’ Satim Diman terpaksa melepaskan jawatan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor dan digantikan Dato’ Seri Mohd Zin Mohamad kerana Satim sedar bahawa tiada banyak mana dia boleh lakukan di Selangor di bawah kepimpinan Najib.

Mohd Zin pula dilihat terpaksa menerima jawatan Setiausaha Badan Perhubungan walaupun beliau adalah seorang Ahli Parlimen kerana mahu berada dekat dengan Perdana Menteri kerana masih terkejut bila namanya digugurkan dari jawatan kabinet.

Fungsi Dato’ Noh Omar pula sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor dilihat hanya kerana dia seorang menteri yang memudahkannya bergerak atas nama menteri untuk menjalankan kerja-kerja Umno di Selangor.

Dari segi pengaruhnya, Noh tidak mampu mengatasi populariti Muhammad, Dr Mohd Khir dan seorang lagi bekas MB Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar.

Noh sendiri sedar, jika Najib melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, hancurlah harapan orang-orang Umno di Selangor untuk memasang angan-angan mahu kembali berkuasa di negeri termaju di Malaysia ini.

Jadi, bila Muhyiddin memasang target mahu menang sekurang-kurangnya 30 kerusi, apakah target itu hanya bagi kerusi yang diwakili Umno? 

Kenapa Muhyiddin tidak membuat target yang lebih besar, sedangkan Selangor bukannya Kelantan, negeri di mana PAS sudah kuasainya sejak 20 tahun yang lalu?

Selangor baru semalam jatuh ke tangan Pakatan Rakyat? Di mana silapnya? Adakah masih boleh digunakan alasan Dr. Mohamad Khir menghadiahkan penyapu kepada pegawai kerajaan menyebabkan Selangor tumbang?

Najib dan Muhyiddin tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Muhammad yang merupakan bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor. 

Najib menyisihkan Muhammad dari hirerki kepimpinan Umno sejak Muhammad kalah merebut kerusi Timbalan Presiden Umno.

Muhyiddin pula, sejak mengalahkan Muhammad, rasanya tidak pernah mengadakan pertemuan dengan Muhammad walaupun mereka ini pernah dilihat beregu dalam beberapa siri pemilihan Umno, sejak 1993.

Bolehkah dinafikan pengaruh Muhammad di Selangor? Siapakah yang lebih baik dari Muhammad untuk diberikan jawatan pengerusi perhubungan buat masa ini?

Kalau sesiapa berani membisikkan ke telinga Noh dan Dr. Mohamad Khir, siapakah yang lebih layak dari Muhammad memimpin Umno Selangor, tentulah kedua-duanya mengakui, tiada calon yang boleh dinamakan!

Mengapa Umno Selangor ketandusan pemimpin? Jawapannya mudah. Kerana ramai sangat yang diseret ke mahkamah disebabkan dakwaan terlibat dengan rasuah.

Antara yang tercatat dalam rekod, pemimpin-pemimpin Umno dari bahagian Selayang, Sungai Besar, Pandan, Sabak Bernam, Sepang, Hulu Langat dan beberapa bahagian lain hingga menjadikan Selangor ketandusan pemimpin yang dilihat bersih.

Noh sendiri, pada suatu ketika dia menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri didakwa terlibat dengan kes di sebuah hotel tetapi dia kemudiannya berjaya membersihkan namanya.

Itulah sebabnya, semua MB Selangor (kecuali Allahyarham Dato’ Hormat Rafie) dari Umno jatuh dalam kontroversi yang menyebabkan mereka sukar untuk bangkit semula dalam politik.

Hari ini, ketika Najib dan Muhyiddin berusaha menyisihkan Muhammad daripada Umno Selangor, Muhyiddin memberi kata-kata semangat kononnya BN akan menang semula di Selangor dalam PRU 13.

BN kalah teruk di Selangor sebenarnya. Kekalahan ini cukup mengejutkan banyak pihak dan rata-rata menyalahkan Dr. 

Mohamad Khir kononnya kerana sikap Dr. Mohamad Khir sebagai MB Selangor tidak memberi kelebihan kepada Umno dan BN waktu itu.

Ada juga menyalahkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan lemah hingga menyebabkan Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah terjatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Dengan pendakwaan beberapa bekas pemimpin MCA atas kes PKFZ, akan menyebabkan pengundi Cina dikatakan terus menjauhkan diri mereka dari BN.

Barangkali, atas hujah tersebut menyebabkan Muhyiddin kurang yakin MCA, Gerakan dan MIC dapat memenangi mana-mana kerusi Dun di Selangor kecuali kerusi-kerusi Umno yang dikatakan lebih dominan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.