Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANGGOTA PAS KELUAR PARTI TAPI KETUANYA PENYOKONG ?

6/11/11

70 anggota Pas keluar Parti


BACHOK: Seramai 70 anggota Pas yang terdiri daripada nelayan tradisional pantai Kuala Kemayan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tawang, di sini, mengisytihar keluar parti Pas berikutan kecewa terhadap sikap kepimpinan mereka gagal membela nasib mereka yang dibelenggu kemiskinan.

Ketua kumpulan itu yang juga bekas penyokong tegar Pas, Azlan Mamat, 39, menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

"Kami akan berusaha menarik lebih ramai lagi anggota Pas dari kalangan nelayan yang tinggal di Kampung Kemayan, Pantai Senok dan Kuala Kemasin supaya turut berhijrah bersama kami," katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat di Kuala Kemasin di sini, Sabtu.

Beliau berkata tiada sebarang bantuan disalurkan kepada nelayan di kawasan itu oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas sepanjang lebih 20 tahun ia memerintah Kelantan.

"Wakil rakyat Pas hanya turun padang menemui nelayan ketika mahu memancing undi ketika pilihan raya sahaja dan selepas itu dia tidak lagi menampakkan muka untuk beramah mesra dengan golongan miskin seperti kami ini," katanya.

Azlan berkata ini berbeza dengan kerajaan Persekutuan yang sentiasa menyalurkan bantuan termasuk pukat, sampan dan enjin bot kepada nelayan yang memerlukan serta elaun sara hidup bulanan nelayan sebanyak RM200 setiap bulan.

Sementara itu, Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata pihaknya sentiasa mengalu-alukan kesedaran rakyat terutama di kalangan anggota serta penyokong Pas untuk menyertai UMNO.

"Gelombang penyokong Pas menyertai UMNO semakin kuat di daerah ini dan sebelum ini sebilangan besar penyokong Pas dari Kampung Jembal, Kubang Telaga, Mak Makyong dan Kampung Kolam bertindak keluar daripada parti itu," katanya yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelanan. - BERNAMA

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.