AUKU: ‘Tua tak semestinya benar, muda tak semestinya salah’
November 07, 2011
ANALISIS, 7 Nov — Dunia pengajian pendidikan tinggi baru-baru ini digemparkan dengan berita kemenangan empat (bekas) mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas dakwaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dikenakan ke atas mereka oleh pihak pentadbiran universiti. Penggunaan AUKU adalah satu hal lazim yang sering dimomokkan ke atas pelajar universiti oleh pihak pentadbiran bagi menyekat keterlibatan pelajar dalam beberapa isu nasional terutamanya politik sekali gus menyekat kebebasan bersuara pelajar.
Sebaliknya hal ini menyebabkan naluri pelajar semakin memberontak untuk memperjuangkan hak kebebasan bersuara dari terus-terusan ditindas serta terus menjadi ‘pak turut’ yang harus dan mesti mengiyakan sahaja apa saja yang dikehendaki oleh pihak pentadbiran universiti walau pada dasarnya bertentangan dengan kepentingan yang diperjuangkan oleh pelajar.
Justeru, penggunaan AUKU perlu dipertimbangkan semula supaya penindasan yang berlaku ke atas mahasiswa dapat dihentikan segera.
Pada dasarnya, mahasiswa adalah generasi pelapis dan pelopor kepada kepimpinan Negara. Justeru, apakah relevan andai generasi pelopor ini disekat pemikirannya dari terus memperjuangkan yang hak dan menegur sebarang kebatilan yang jelas? Andai demokrasi adalah asas dalam sistem kepimpinan dan politik negara, justeru adalah jelas bahawa generasi mahasiswa sepatutnya mempunyai hak dalam bersuara dan menyuarakan pandangan. Harus diingatkan, yang tua tak semestinya benar dan yang muda tak semestinya salah. Justeru, tanpa yang muda tak akan wujud yang tua.
Kewujudan AUKU ini satu bentuk kekangan yang dikenakan untuk menyekat ruang bagi berfikir dan berbicara serta kebebasan pelajar dalam melibatkan diri dalam dunia politik. Harus ditekankan di sini, manusia dan politik adalah ibarat irama dan lagu. Saling berkait dan bergantungan tidak dapat dipisahkan lagi sama ada mahasiswa mahupun pelajar sekolah.
Analoginya di sini, apabila seorang remaja memujuk ayahnya untuk memberikannya wang saku yang lebih — dalam konteks ini ia telah menunjukkan bahawa remaja tersebut telah mula berpolitik. Pujukan seorang anak itu adalah satu politik yang digunakan ke atas ayah dalam bentuk pujukan. Seorang ayah yang mempunyai pengaruh dan kuasa ke atas anak-anaknya juga merupakan satu bentuk politik.
Hakikatnya, AUKU bukan sahaja menyekat keterlibatan pelajar tetapi juga membebani pelajar. Ia bukan saja menyekat kreativiti bahkan melumpuhkan daya saing pelajar untuk memperjuangkan hak mereka!
Hal ini menyebabkan pelajar kita sukar untuk pergi lebih jauh dalam pembangunan kendiri sekali gus menyebabkan pelajar kita tidak bisa berfikir diluar kotak kehidupan.
Perkara-perkara yang termaktub dalam AUKU itu sendiri sebenarnya menjadi satu tanda tanya apabila terdapat kesamaran dalam sistem AUKU yang menyumbang kepada satu tindakan atau keputusan yang berat sebelah. Seksyen 16 AUKU sebagai contoh membicarakan berkenaan dengan kuasa Naib Canselor dalam menggantung atau membubarkan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar yang mana pada pendapat Naib Canselor boleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan atau kesentosaan universiti. Ironinya di sini, tiada satu pun definisi yang jelas berkenaan dengan jenis ‘kerosakkan’ atau ‘kemudaratan’ yang dbicarakan dalam AUKU dan Naib Chanselor bebas dalam menjatuhkan hukuman memandangkan klausa tersebut menekankan “pada pendapat Naib Chanselor”.
Bahkan, AUKU sendiri dilihat sebagai satu undang-undang yang banyak bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.
Tindakan AUKU ini kononnya dikenakan atas dasar mahasiswa masih lagi belum matang dalam membuat keputusan. Hakikatnya, soal kematangan tidak pernah timbul. Bersedia atau tidak seorang mahasiswa itu juga bukan persoalannya. Mahasiswa sering diminta untuk berfikir di luar kotak di samping membicarakan isu-isu nasional yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara.
Apakah mungkin hal ini direalisasikan sedangkan kewujudan AUKU itu sendiri pada hakikatnya menyekat proses sumbangsaran bagi pemikiran kritis dan penjanaan idea oleh pelajar. Pelajar sains politik sebagai contoh, sering saja membincangkan isu-isu yang berat tentang hal ehwal antarabangsa hatta isu nasional seperti Bersih tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Perbincangan ini dilakukan atas tiket seorang pemerhati yang melakukan analisa tanpa rasa bias apatah lagi melibatkan diri dalam politik secara langsung.
Seandainya kewajaran pelajar melibatkan diri dalam politik dipersoalkan, apakah mungkin juga umur untuk mengundi juga wajar untuk kita persoalkan? Hakikat umur daftar mengundi telah ditetapkan pada usia 21 tahun. Sama ada sedar atau tidak, rata-rata yang seusia ini sebenarnya masih lagi bergelar pelajar atau mahasiswa di institusi pengajian tinggi. Justeru wajarkah golongan ini mengambil bahagian dalam menentukan kuasa kepimpinan negara apabila ruang proses mengundi itu sendiri pada hakikatnya adalah pentas politik?
Dan, perlu diberikan perhatian bahawa mahasiswa tidak dibenarkan untuk berpolitik! Apakah mengundi dan pilihan raya adalah satu entiti asing yang tiada kena-mengena dengan politik atau kerajaan seharusnya meminda umur daftar pengundi tersebut?Mungkin juga, pelajar-pelajar di Malaysia sekadar perlu belajar ilmu politik cuma untuk peperiksaan dan pengetahuan tapi bukan untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari.
Justeru begitu, apa yang perlu dikembalikan oleh pelajar kepada negara sebagai sumbangan apabila hak pelajar sendiri sudah dinafikan?

0 orang berkata:
Post a Comment