Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BARU NAIK HAJI NAMA NAJIB DIKAITKAN DENGAN PROGRAM MAKSIAT

Seksualiti Merdeka: Human Rights Watch kecam polis, dakwa ‘makan’ visi Najib

November 09, 2011
KUALA LUMPUR, 9 Nov Human Rights Watch mengecam tindakan polis mengharamkan program Seksualiti Merdeka sambil menegaskan, langkah sedemikian bertentangan dengan pendekatan sederhana yang cuba ditonjolkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Tindakan-tindakan ini (pengharaman) bercanggah dengan visi yang anda laungkan bagi Malaysia,” kata Timbalan Pengarah Human Rights Watch bagi Asia, Phil Robertson dan Pengarah Program Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender Graeme Reid dalam sepucuk surat kepada Najib.

Saliran surat bertarikh 8 November itu diedarkan kepada media hari ini.

Kedua-dua mereka berkata, Najib dalam satu tulisan dalam akhbar Sydney Morning Herald pada 27 Oktober lalu telah menekankan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara progresif, liberal dan masyarakat pelbagai etnik yang sudah lama mewarisi keharmonian sosial dan mengalu-alukan kedatangan orang luar.

“Tetapi tindakan kerajaan anda ke atas Seksualiti Merdeka, seolah-olah melayan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) sebagai orang luar tanpa hak yang sama sebagai rakyat Malaysia yang lain,” kata mereka dalam surat tiga halaman itu.

Robertson dan Reid menambah, sikap berat sebelah kerajaan ke atas Seksualiti Merdeka adalah satu lagi bukti tindakan respons polis ke atas demonstrasi dibuat oleh pertubuhan-pertubuhan anti-LGBT dan mengharamkan program itu.

“Sedangkan apabila pertubuhan Perkasa secara terbuka mengadakan demonstrasi pada 4 November di Masjid Negara dan menegaskan pendirian bahawa akan menggunakan kekerasan ke atas komuniti LGBT, Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris dilaporkan berkata akan menghentikan budaya gay dan lesbian dengan sanggup menitiskan titik terakhir darahnya, tetapi pasukan polis tidak melakukan apa-apa,” kata kedua-dua mereka.

Tindakan sedemikian menimbulkan tanda tanya sama ada kerajaan akan bertindak untuk melindungi komuniti LGBT jika keselamatan mereka berhadapan dengan risiko, kata mereka lagi.

Khamis lalu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata kerajaan mengharamkan sebarang majlis yang dilakukan mana-mana penganjur berkaitan dengan program Seksualiti Merdeka demi ketenteraman awam. Pengharaman berkuat kuasa Khamis lalu.

Katanya, polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuran program itu termasuk Ambiga untuk dirakam keterangan mereka.

“Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 27 A (1) (C) dan juga 298 A Akta Polis untuk menghalang sebarang penganjuran majlis itu,” katanya.

Beliau berkata undang-undang di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan songsang yang boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.

Merdeka Seksualiti 2011, program yang bermula 1 November lalu dan sepatutnya berlaruran sehingga 13 November antara lain mendesak hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks serta transgender.

Bagi mengelak suasana tidak diingini berlaku, beliau berkata polis meminta orang awam supaya tidak menyertai program itu kerana ia boleh mengganggu ketenteraman awam.

Polis juga telah memanggil beberapa pihak berhubung penganjuran program tersebut untuk disoal siasat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.