WAJIB SETIAP MUSLIM BERADA DIDALAM JAMA’AH
Teras berjama’ah didalam islam adalah yang berlandaskan kepada akidah, selain daripada akidah maka ia adalah tempang dan tidak benar sama sekali kerana, soal berjama’ah bukan persoalan ringan didalam islam akan tetapi ia adalah perkara yang sangat berat sehinggakan setiap hari umat islam bersolat wajib membuat pengakuan kepada Allah bahawa diri mereka adalah berjama’ah mengikut ketentuan ayat Al Quran pada surah Al Fatihah pada ayat yang ke 4
Firman Allah
أِ يًا كَ نَعْبُدُ وَاِيًا كَ نَسْتَعِينُ
Maksudnya: Pada Kamu kami sembah dan pada Kamu kami memohon pertolongan
Ayat diatas menunjukkan kita membuat pengakuan dihadapan Allah bahawa kita berjama’ah ketika mana kita membaca ayat tersebut didalam Al Fatihah terutama didalam solat, bacaan tersebut adalah ikrar kita kepada Allah dan kita hendaklah laksanakan ikrar tersebt diluar solat atau selepas pembacaan ikrar kita pada ayat tersebut, andainya kita tidak laksanakan maka kita akan dimurkai oleh Allah terus menerus dan berbohong,
Sabda Rasullullah s.a.w dalam sebuah hadis yang soheh Bukhary & Muslim yang diriwayatkan oleh Khuzaifah Al Yamani r.a
... دُعَاةُ عَلَى اَبْوَابِ جَهَنَّمْ ، مَنْ اَجَا بُهُمْ اِلَيْهَا فَذَ قُوْهُ فِيْهَا ، قُلْتُ ، صِفْهُمْ لَنَا ، قَا لَ : هُمْ مِنْ جِلْدَ تِنَا وَيَتَكَلَّمُوْنَ بِأَ لْسِنَتِنَا ،
قُلْتُ ، صِفْهُمْ لَنَا ، قَالَ: هُمْ مِنْ جِلْدَ تِنَا وَيَتَكلَّمُوْنَ بِأَ لْسِنَتِنَا ، قُلْتُ ، فَمَا تَأَ مَّرَنِىْ اِنْ اَدْ رَكَنِىْ ذَلِكَ ؟ قَالَ: تَلْزَمُ جَمَا عَةَ
الْمُسْلِمِيْنَ وَاِمَا مَهُمْ ، قُلْتُ ، فَاِنْ لَمْ يَكُنْ جَمَا عَةُ وَلَا اِمَامُ ؟ قَالَ : فَا عْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقِ كُلُّهَا ، وَلَوْ اَنْ تَعَضَّ بِأَ صْلِ سَجَرَةٍ
حَتَّى يَدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَاَنْتَ عَلَى ذَلِكَ
Maksudnya: Ada penyeru-penyeru ke Neraka Jahannam, sesiapa yang menyahut seruan mereka, nescaya akan dicampakkan ke dalam Neraka Jahannam,lalu aku berkata : gambarkan kepada kami siapakah mereka itu ? Sabda Rasullullah saw: “Mereka itu berkulit yang sama dengan kulit kita dan bertutur bahasa yang sama dengan bahasa kita, Lalu aku bertanya lagi “ Apakah perintah engkau jika aku berada dalam keadaan demikian ? Sabda Rasullullah s.a.w “ Engkau hendaklah bersama dengan jama’ah islam dan berada dengan pimpinan mereka, aku bertanya lagi “ Sekiranya tida jama’ah islam dam pemimpinnya ? Sabda Rasullullah s.a.w “Engkau hendaklah mengasingkan (memisahkan) dirimu sekalipun kamu terpaksa memakan umbi-umbi (akar-akar) kayu sehingga kamu mati dalam keadaan yang begitu,
Ayat yang diatas menunjukkan tuntutan berjama’ah secara islam dan berlandaskan kepada akidah itu sangat penting, sebagaimana kita semua maklum bahawa jama’ah islam itu tentunya bermatlamatkan kepada لا اله الا الله sesungguhnya diluar sana terlalu banyak jama’ah-jama’ah yang kita sertai namun masyarakatnya tetap tidak mengambil berat tentang akidah, kerana itu kita dengar terlalu ramai yang telah rosak akidah yang membawa kepada murtad secara yang mereka tidak sedar,
Demikian Allah dan Rasullullah s.a.w mengingatkan kepada kita tentang hidup berjama’ah dan berpanduan hidup yang telah tersedia semasa kita masih hidup di pentas dunia ini, kita mungkin sedang leka tanpa menyedari akan kealpaan kita semasa menjalani kehidupan yang sentiasa bergelut dengan mengejar hidup namun kita juga jangan lupa akan tanggungjawab kita sebagai muslim
Diatas nasihat yang ikhlas ini jika masih ada golongan yang masih tertutup pintu hatinya pergi mampus la, sekurang-kurangnya tugas menyedarkan mereka telah dilaksanakan
0 orang berkata:
Post a Comment