Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isnin, 7 November 2011

Budaya Anak Muda (1)

Oleh: MSK

Dalam kehidupan ini, ada banyak penyakit dan masalah sosial. Dadah, seks bebas, rempit, stress, mental, gay, lesbian…kalau dikaji semunya boleh buat PhD.

Yang menarik dalam penyakit sosial ini ialah ia tak sama macam penyakit kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung. Perbezaannya ialah penyakit sosial selalunya dikaitkan dengan anak muda dan golongan bawahan, manakala penyakit kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung selalunya dihidapi oleh kelas atasan.

Lebih menarik lagi, penyakit kelas bawahan selalunya tidak dirasai oleh penghidap penyakit..tapi dirasai oleh kelas atasan. Dan penyakit kelas atasan ditanggung sendiri oleh mereka tanpa dirasai oleh kelas bawahan. So…siapa yang sentiasa sakit?

Cuba tanya pada penagih dadah apakah mereka sedar apa yang mereka buat itu boleh mendatangkan kemudaratan? aku gerenti, brader ni akan kata, "Relax la brader!..kita cuma mau enjoy saja." Ketagihan dadah bukan satu masalah kepada dia.

Cuba tanya pada orang gila. "Bro…lu sudah sewel ka?" Lepas tanya, jangan tunggu..kalau dia hambat hangpa..jangan cari aku. Sebab orang gila tidak pernah merasai bahawa dia dah gila.
Cuba tanya kat gay dan lesbian…"Kamon la brader. What’s the problem? Kami tak sapu duit rakyat, kami tak tipu duit zakat! Tak kan kehidupan kami sampai dalam bilik tidur pun hangpa nak kontrol?"

.Ooops!! ada satu kumpulan manusia lagi yang merasakan mereka tidak pernah sakit tapi sentiasa nampak orang lain yang sakit. Ini kumpulan politikus. Masalah anak muda..orang politik yang nampak. Masalah orang miskin, orang politik yang nampak. Masalah orang kaya pun orang politik boleh nampak. So, semua orang mengharapkan orang politik sebagai penyelesai masalah. Tapi tau kah kita, bahawa kumpulan ini juga merupakan punca masalah?  Jangan cakap macam yang aku cakap kat orang politik…nanti depa hambat hangpa pulak.

Aku nak cakap pasai budaya anak muda yang dikatakan menjadi punca segala macam penyakit sosial tu. Jom kita tengok sejarah budaya anak muda. Aku cuba kaitkan perubahan budaya itu dengan perubahan generasi dan persekitaran. Dengan lain perkataan, budaya anak muda terjadi melalui evolusi yang dipengaruhi oleh persekitaran. Dan persekitaran itu dicipta oleh generasi terdahulu daripadanya.

Untuk memastikan aku tak merapu, dan hangpa juga tak kompius, aku permudahkan.
 
 Kalau selalunya aku sebut tentang Boomers, Gen X dan Y, kali ini aku pecahkan lebih detail. Dan persekitaran , fesyen dan hiburan tu aku campurkan diantara universal dan lokal. (-ve dan +ve to bukan baik atau buruk, tapi untuk memudahkan perbezaan dalam satu generasi. Sikap sesuatu generasi itu juga bergantung kepada persekitaran. Contoh: Kalau ditempat maju, Boomers -ve dah ada yang bersikap X +ve. Dalam kawasan luarbandar, ramai juga X+ yang bersikap Boomers -ve.)
 1900-1925.
 
Gen GI yang lahir dalam era ini melalui zaman kanak-kanak yang cukup tak kool kalau dibandingkan dengan anak-anak sekarang. Masa kecil, depa menyertai Boys Scout atau Girl Guide. Mereka diajar tentang survival. Menjelang 1914, Perang Dunia Pertama tercetus. Bayangkan kehidupan anak anak dibarat dizaman perang. Yang terdengar dan dilihat hanya siren kecemasan, darah dan pembunuhan. Mereka yang berumur 14 tahun sudah menyertai tentera dan apakah yang akan dilakukan oleh mereka bila dewasa nanti?

Anak-anak di Malaysia masih belum tau apa-apa. Mungkin main congkak atau seremban. Disitu mereka belajar matematik dengan mengira buah congkak. Ibubapa masih lagi berkebun atau berladang dan kepercayaan terhadap animisme, roh dan penunggu masih tebal. Anak-anak bangsawan yang terpilih sedang diasuh oleh pendidikan British.
 1926-1945
 
Anak muda yang terlibat dalam peperangan menyimpan dendam, terutama yang tewas. Adakah mereka yang menyebabkan Perang Dunia pertama? Tidak…sebaliknya generasi terdahulu, manakala mereka adalah mangsa. Veteran Perang Dunia Pertama ini mengumpul segala sumber untuk bersedia menghadapi Perang Dunia Kedua. Era ini penuh dengan penemuan dan penciptaan kelengkapan militari.

Walaubagaimanapun, mereka masih boleh menikmati muzik-muzik Waltz dan Jazz. Muzik-muzik ini dibawa oleh expatriate British ke Tanah Melayu masa itu dan turut dinikmati oleh para bangsawan. Golongan kelas bawahan masih lagi ketinggalan.

Kemasukan muzik Waltz dan Jazz ini mula mempengaruhi anak muda Melayu yang terdiri dari Gen Silent.. Untuk dilihat kool, mereka juga mula menyanyi lagu-lagu jazz. Orang tua pada masa itu melihat pengaruh jazz ini sebagai lambang kejatuhan budaya Melayu dan menganggapnya sebagai musibah…dan sekarang kita memberikan terma "masalah sosial".  Mereka mahukan anak-anak mereka terus kekal dengan marhaban, qasidah dan berzanji.

Menjelang 1942, Perang Dunia Kedua tercetus. Ia dicetuskan oleh Gen GI manakala Gen Silent menjadi mangsa peperangan. Kalau dalam Perang Dunia Pertama, Gen GI menjadi mangsa, kali ini Gen GI cuba menjadi jaguh dengan menjadikan Gen Silent sebagai mangsa. Selesai Perang Dunia Kedua, sejarah hanya mengingati Panglima -Panglima perang, manakala yang tertindas dan menjadi mangsa tidak dipedulikan.

Ini menimbulkan protes tetapi oleh kerana sistem dan undang-undang yang mengongkong, mereka memprotes dalam senyap.
1946-1959
 
 Gen Silent yang pada masa ini sudah menjadi anak muda mula memprotes. Maka dengan itu tertubuh lah pertubuhan-pertubuhan radikal seperti API, Putera MPAJA yang bangun menentang British yang memerintah, manakala Gen GI yang selesa dengan status quo, terus menjadi talibarut British. Anak muda yang dikongkong pemikiran mereka terus memberontak sehinggalah tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957.

Dalam masa yang sama, ramai daripada Gen Silent yang bersyukur dengan berakhirnya Perang Dunia Kedua dan mula berbulan madu. Ketiadaan perang dan keselesaan hidup dibawah penjajah British menyebabkan tercetusnya Baby Boom. Sex dihalalkan melalui perkahwinan. Perkahwinan dipermudahkan sehinggakan kahwin cerai adalah perkara biasa.

Gen GI melihat fenomena ini sebagai keruntuhan institusi keluarga. Kahwin cerai ini dianggap satu masalah kerana anak-anak terbiar tanpa perlindungan ibubapa. "Anak-anak yang dikenali sebagai Gen silent ini mencetuskan satu masalah sosial". Itu kata Gen GI tapi bagi gen Silent, ia adalah satu rebellion terhadap kongkongan hidup sebelum ini.

Sementara itu, diBarat, sebaik saja selesai Perang Dunia Kedua, mereka terus berbulan madu. Diawal tahun 50an, berlakunya Revolusi sex di barat. Majalah Playboy buat kali pertamanya diterbitkan pada tahun 1953. Filem pornography juga sudah mula diterbitkan dan filem yang paling laris pada masa itu ialah Emmanuelle.

Kemerdekaan Tanah Melayu juga membuka ruang kepada kemasukan pengaruh-pengaruh Barat…dan selepas merdeka, rakyat Malaya pula berbulan madu.
1960-1978
 
Anak-anak yang lahir selepas Perang Dunia Kedua yang dikenali sebagai Boomers ini sudah menjadi remaja. Kehidupan mereka dizaman kanak-kanak terbiar kerana mak bapak asyik kawin cerai. Mereka tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya, tambahan pula dengan adik beradik yang ramai termasuk adik beradik tiri, mereka mengalami sindrom KKS. (Kurang Kasih Sayang).
 Ini menyebabkan mereka menjadi rebel kepada generasi Silent.  Dengan pengaruh radio dan majalah, mereka meninggalkan Frank Sinatra, Swing music dan beralih kepada Rock N Roll, Beatles, Woodstock. Yang lelaki sudah tak mau pakai phantalone sebaliknya bertukar kepada jeans atau slack. Yang perempuan pula sudah tak mau pakai baju kebaya tapi memakai T-shirt. Ini yang rebel, tetapi mana-mana yang mengikut mainstream, akan terus mengikut fesyen-fesyen P. Ramlee dan Saloma. Seluar ketat juga menjadi pilihan. dan Vespa menjadi idaman.

Berpacaran secara terbuka sudah menjadi kelaziman. Seks bebas juga sudah wujud pada masa itu, tetapi skandal-skandal ini dapat ditutup dengan cara mengahwinkan mereka. Istilah "tangkap basah" mula wujud.

Gen silent yang sudah tua, tapi menjadi pemimpin negara melihat fenomena rebel yang dibuat oleh gen Boomers yang memakai jeans sebagai dipengaruhi budaya kuning. Tambahan pula, gen Boomers sudah ramai yang gian ganja. Ramai yang sudah mula terpengaruh dengan Rolling Stones dan Elvis Presley.

Kehadiran pengaruh Barat ini menakutkan Gen Silent. Lantas pelbagai label diberikan kepada "masalah sosial" yang dihadapi oleh gen Boomers. Budaya Kuning, Budaya liar…macam-macam lagi.
Masuk Gen X…lagi teruk.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.