Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAYA LAH CAM TU

Thursday, November 3, 2011

'SAYA DIHERET 30 METER'

بسم الله الرحمن الرحيم



KUALA LUMPUR: Ketika dunia meratapi kematian pelumba MotoGP, Marco Simoncelli, seorang editor sebuah majalah permotoran dirundung malang apabila mendakwa diaibkan tiga lelaki dipercayai pegawai litar yang menahannya selepas mendakwanya ‘ulat tiket’ ketika perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), 23 Oktober lalu.

Abol Ismail Munta, 31, mendakwa dia bukan saja tidak diberi peluang menjelaskan situasi sebenar, malah dimalukan apabila diheret kira-kira 30 meter ke balai polis bergerak SIC sambil disaksikan ribuan pengunjung.

Berikutan kejadian itu, Abol kini mempertimbangkan untuk menyaman pengurusan litar terbabit kerana bertindak melulu, menjatuhkan imejnya serta menjejaskan kerjaya dan reputasinya dalam bidang permotoran.

Menceritakan kejadian, kira-kira jam 10.30 pagi itu, Abol mendakwa, pada hari perlumbaan, dia membeli 20 tiket tempat duduk utama berharga RM2,916 untuk diberi kepada pelanggannya.

Katanya, selepas memberi lima tiket kepada pelanggan di hadapan kaunter tiket, tiga lelaki muncul dan merampas tiket serta menahannya.

“Seorang daripada mereka memegang erat tangan saya manakala seorang lagi cuba menarik pas media dikeluarkan Dorna (pemegang hak perlumbaan MotoGP) tetapi saya enggan membenarkannya.

“Seorang daripada mereka memakai pass Mall Area (kawasan pintu utama) memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis manakala seorang lagi memakai pas media menggenggam kuat tangan saya dengan alasan hendak bawa saya ke balai polis,” katanya.

Selain bertugas sebagai editor permotoran, Abol terbabit dalam bidang permotoran dengan membawa masuk pelumba tempatan dan kejadian memalukan itu kali pertama berlaku selepas empat tahun terbabit dalam bidang itu. Abol berkata, mungkin disebabkan fizikal dan pakaian ‘ala kampung’ menyebabkan pegawai litar cuba menunjukkan taring.

Berikutan kejadian itu, hampir dua jam dia berada di balai polis, sekali gus menyebabkan pelanggannya terpaksa beratur dan membeli tiket dengan wang sendiri. “Selepas saya menunjukkan resit pembelian, pegawai polis melepaskan saya dan berkata kejadian itu mungkin salah faham.

“Tetapi saya kecewa kerana pegawai litar itu seolah-olah tidak puas hati dengan kejadian itu, malah tiket saya tidak dipulangkan,” katanya. Abol berkata, reputasinya kini tercalar di kalangan penggiat sukan permotoran tanah air yang memandang serong kepadanya. “Jadi, saya minta keadilan kerana diperlakukan seperti penjenayah. Selepas kejadian, mereka berlagak samseng dan enggan memohon maaf.

“Justeru, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya ia dapat membersihkan nama baik saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali ketika dihubungi menafikan pegawainya bertindak keterlaluan dan pihaknya bertindak secara profesional berhubung kejadian itu.

“Saya dimaklumkan, pegawai saya menegur secara profesional kerana dia dikesan menjual tiket secara haram di dalam SIC. Tetapi dia biadab dan enggan memberi kerjasama.

“Sekarang kami mahu menunggu laporan polis yang ada di sana sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya. -hm

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.