Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NOH OMAR MAHU CUCI TANGAN ? KENA TAHI LEMBU KE ?

Ketua Wanita: Noh Omar cuci tangan, beri fakta bercanggah

November 14, 2011
KUALA LUMPUR, 14 Nov Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menegaskan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar bahawa projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) tidak kena-mengena dengan kerajaan pusat adalah salah dan seolah-olah tindakan “mencuci tangan.”

Sehubungan itu tegas Zuraida (gambar), kenyataan Noh kelmarin bukan sahaja tidak tepat, malah bercanggah dengan kenyataan beliau sebelum itu.

“Kenyataan beliau bahawa NFC sebuah syarikat swasta yang tidak kena-mengena dengan kerajaan adalah salah.

“Kerajaan melalui Kementerian Kewangan mempunyai satu saham khas dalam NFC seperti yang disahkan oleh carian syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia seperti yang diedarkan minggu lepas,” kata beliau lagi.

Katanya, keadaan itu sama seperti syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain yang mempunyai pelbagai struktur pegangan saham, tetapi keputusan masih tertakluk kepada kerajaan melalui pegangan satu saham khas tersebut.

Ahli Parlimen Ampang ini berkata kenyataan Noh adalah satu cubaan untuk mencuci tangan dari pelbagai penyelewengan yang berlaku dalam NFC, yang membuktikan kegagalan dua menteri termasuk timbalan perdana menteri menyelia dan memastikan wang rakyat digunakan dengan sebaiknya.

“Kenyataan kedua beliau bahawa dana hanya akan disalurkan kepada NFC dari akaun pinjaman khas setelah NFC membuat tuntutan perbelanjaan bersabit pengurusan ladang ternakan menimbulkan lebih banyak persoalan.

“Jika RM181 juta telah dibayar kepada NFC daripada jumlah pinjaman RM250 juta seperti yang didakwa oleh menteri, maka tuntutan untuk bayaran kondominium sebanyak RM9.8 juta sudah tentu termasuk dalam senarai tuntutan yang telah diluluskan oleh kerajaan,” katanya.

Oleh itu kata beliau, hanya ada dua kemungkinan sama ada NFC memalsukan senarai tuntutan perbelanjaan semasa membuat tuntutan pinjaman dari kerajaan kerana ia membuat tuntutan bagi perbelanjaan yang tidak wujud kerana RM9.8 juta sebaliknya digunakan untuk membeli kondominium atau tidak ada pun sistem kawalan dan kebenaran pembayaran seperti yang disebut oleh menteri.

“PKR akan terus mendesak penjelasan bagi perkara-perkara ini terlebih dahulu sebelum kita mendedahkan kepincangan yang seterusnya,” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.