Kempen BERSIH 2.0: Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13, NAK TUNGGU BERSIH 3.0 ?
Tujuan utama "Perhimpunan dan Perarakan Demokrasi 709" tahun ini yang dilancar dan dipimpin oleh BERSIH 2.0 adalah untuk menyampaikan hasrat umum rakyat Malaysia secara tegas dalam menuntut pilihanraya yang bersih dan adil, melalui penyerahan memorandum "8 tuntutan refomasi sistem pilihanraya" kepada DYMM Yang Dipertuan Agong.
Namun, kerajaan BN telah mengabaikan hasrat dan tuntutan rakyat yang munasabah dan sah dari segi undang-undang. Kerajaan BN menggerakkan sejumlah besar pasukan polis untuk melakukan penahanan dan mengepung pusat bandaraya Kuala Lumpur. Tindakan represi yang ganas tersebut akhirnya mencetuskan satu perarakan tunjuk perasaan yang memberangsangkan di mana seramai 50 ribu rakyat semua bangsa semua lapisan turun ke jalanraya dengan satu tujuan yang sama.
Najib Menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) untuk menipu rakyat
Rancangan penyerahan memorandum "8 tuntutan refomasi sistem pilihanraya" Kepada DYMM Yang Dipertuan Agong tidak dapat dilaksanakan kerana represi ganas kerajaan BN yang diketuai oleh Najib. Walau bagaimanapun, pada petang 15 Julai (hari Jumaat), perwakilan BERSIH 2.0 telah hadir ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada DYMM Yang Dipertuan Agong melalui setiausaha sulitnya. Kini lebih daripada tiga bulan sudah berlalu, tiada balasan langsung yang munasabah daripada YDA dan kerajaan BN. Pelbagai tanda menunjukkan golongan pemerintah BN yang diketuai oleh Najib sedang cuba memperdayakan rakyat, seperti mana yang selalu dilakukan, dengan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) yang kononnya berfungsi mereformasikan sistem pilihanraya demi terus menipu rakyat untuk mengekalkan pemerintahan mereka.
Faktor dalaman dan luaran menyebabkan golongan pemerintah Najib yang gelisah mahu pilihanraya diperawalkan
Golongan pemerintah yang diketuai oleh Najib mengambil alih rejim yang dikuasai sejak lebih daripada 50 tahun dahulu yang didominasi oleh UMNO daripada tangan Abdullah Ahmad Badawi selepas "ribut reformasi 308" dilancarkan oleh rakyat Malaysia dengan berani pada tahun 2008. Selepas itu, Najib melancarkan beberapa rancangan umpamanya "Transformasi Politik", "Transformasi Ekonomi" dan sebagainya yang kelihatan hebat sekali di bawah slogan "Satu Malaysia" yang secara khususnya direkacipta oleh kumpulan pemikirnya (think-tank).
Namun, dalam sekelip mata, segala rancangan tersebut tinggal janji-janji kosong kepada rakyat yang mustahil direalisasikan oleh Najib dan golongan pemerintahnya kerana dua faktor yang berikut:

Yang pertama kerana faktor luaran. Dunia kapitalis, terutamanya negara-negara Eropah Barat dan Amerika Syarikat, pada masa kini, sedang mengalami krisis ekonomi yang ulung kali terjadi. Krisis ekonomi yang mungkin menghancurkan sistem kewangan mereka ini nampaknya terlampau susah untuk dipulihkan. Gelombang krisis kewangan dan ekonomi dunia Barat tersebut pasti akan melanda sistem kewangan dan ekonomi banyak negara di dunia ini termasuk negara kita.
Sejak gerakan "Occupy Wall Street" tercetus pada 17 September, rakyat di Negara-negara Eropah Barat turut mengikuti jejak rakyat Amerika Syarikat dengan melancarkan perjuangan "99% lawan 1%", "Orang Miskin lawan Orang Kaya" yang hampir sama dari segi isi dan bentuk. Pemerintah di Negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat saban hari makin resah. Golongan pemerintah Najib juga pasti dapat memperhatikan ketidakpuasan rakyat negara kita yang semakin meningkat dan perjuangan yang semakin hebat.
Kedua adalah faktor dalaman. Ini merujuk kepada pengaruh politik BN yang seperti kain jadi basahan dan konflik dalaman UMNO yang semakin sengit. Najib mengambil alih kuasa pemerintahan pada ketika BN kehilangan lebih daripada 1/3 kerusi parlimen dan kehilangan pemerintahan di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Rakyat semua bangsa (terutamanya Kaum India) telah menolak Parti Malaysian Indian Congress (MIC) dan "pemimpin-pemimpinnya" kerana selama ini sudi menjadi budak suruhan UMNO bagi memerintah dan memperbudak rakyat! Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Malaysian Chinese Association (MCA) dan"pemimpin-pemimpinnya" juga ditolak oleh rakyat semua bangsa (terutamanya KaumTiong Hua)! Dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak baru-baru ini turut menyaksikan Sarawak United People's Party (SUPP) dan "pemimpin-pemimpinnya" mengalami nasib buruk ditolak oleh rakyat semua bangsa (terutamanya kaum TiongHua) di Negeri Sarawak!
Oleh kerana wilayah pemerintahan telah mengecut dengan mendadak, kuasa dan kedudukan yang dikuasai juga berkurangan dengan mendadak, konflik dan perbalahan antara beberapa puak utama di dalam UMNO sudah pasti menjadi semakin hebat. Silap-silap, Najib mungkin terpaksa berundur tidak lama lagi.
Walaupun tempoh rasmi pasukan pemerintahan yang diketuai oleh Najib ini masih tinggal lebih daripada setahun, dalam kesukaran luaran dan dalaman yang dihadapi sekarang, Najib ingin mengadakan pilihanraya umum seawal mungkin. Ini adalah harapan Najib.
8 Tuntutan reformasi sistem pilihanraya BERSIH 2.0 adalah munasabah, rasional dan sah
Kini, Parlimen telah memutuskan untuk menubuhkan "Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen" yang didakwa akan melakukan "reformasi sistem pilihanraya", Najib pula tidak sabar hendak mengadakan pilihan raya umum ke-13 (kecuali DUN Sarawak). Memandangkan kerajaan BN sengaja mengabaikan "8 tuntutan reformasi sistem pilihanraya", Jawatankuasa Pepandu BERSIH 2.0, setelah mengkaji dengan teliti, telah membuat keputusan untuk melancarkan satu lagi kempen di seluruh negara.
BERSIH 2.0 berharap untuk menubuhkan Jawatankuasa yang mewakili BERSIH di setiap negeri, yang bertanggungjawab menggerakan pelbagai bentuk aktiviti, supaya rakyat semua bangsa semua lapisan dalam negeri boleh memahami dengan jelas perkara-perkara penting berikut:
1. "8 Tuntutan reformasi sistem pilihanraya" yang telah dikemukakan kepada DYMM Yang Dipertuan Agong dan kerajaan BN ialah: (1) Bersihkan Senarai Undi; (2) Mereformasikan Undi Pos; (3) Gunakan Dakwat Kekal; (4) Akses Media Yang Bebas dan Adil; (5) Tempoh Kempen minima 21 hari; (6) Kukuhkan Institusi Awam; (7) Hentikan Rasuah; dan (8) Hentikan Politik Kotor.
2."8 tuntutan reformasi sistem pilihanraya" di atas dikemukakan oleh BERSIH 2.0. Ia merupakan satu gabungan yang terdiri daripada 88 buah (62 buah sebelum "709", selepas itu telah meningkat kepada 88 setakat ini) "pertubuhan bukan kerajaan" (Non-Governmental Organisations) yang sah dari segi undang-undang. Ia mewakili kepentingan dan hasrat rakyat semua bangsa dan semua lapisan, dan bertujuan untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.
3."8 tuntutan reformasi sistem pilihanraya" yang dikemukakan selaras dengan prinsip asas "Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat" dan"Perlembagaan Persekutuan". Ia dikemukakan melalui jalan berperlembagaan yang terbuka dan aman. Ia bukan "aktiviti haram" yang dilancar dan dipimpin oleh "pertubuhan haram". Sebaliknya, ia merupakan tindakan yang munasabah, rasional dan sah dari segi undang-undang untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.
Jangan ditipu lagi, "Tunaikan 8 tuntutan, barulah PRU-13"
BERSIH 2.0 berharap NGO-NGO di setiap negeri mengambil inisiatif untuk berhubung dan bekerjasama secara sukarela supaya satu jawatankuasa peringkat negeri yang mewakili BERSIH dan mengamalkan prinsip non-partisan dapat dibentuk dengan segera. Jawatankuasa ini akan bertanggungjawab untuk mempromosikan "8 tuntutan reformasi sistem pilihanraya" di bandar-bandar dan desa-desa dalam negeri masing-masing, dan menggerakkan kerja-kerja menuntut reformasi sistem pilihanraya.
Apa yang paling penting ialah mesti menggemblengkan rakyat jelata secara meluas untuk mengingatkan Najib dan kerajaan BN bahawa: Pilihanraya umum ke-13 tidak harus diadakan sebelum "8 Tuntutan reformasi sistem pilihanraya" tercapai. Dalam kata lain, "Tunaikan 8 tuntutan, barulahPRU-13" adalah pendirian tegas semasa BERSIH 2.0 dan 88 NGO terhadap pilihanraya.
Rakyat negara kita telah ditipu oleh Parti Perikatan danBarisan Nasional (BN) lebih daripada 50 tahun, kita tidak mahu diperbodohkan lagi! Rakyat negara kita tegas menuntut satu "pilihanraya yang bersih dan adil", supaya rakyat bebas memilih wakil yang benar-benar memelihara kepentingan rakyat dan membentuk kerajaan yang benar-benar mewakili kepentingan rakyat.
Pendek kata, "Tunaikan 8 tuntutan, barulah PRU-13" juga merupakan pendirian tegas semasa rakyat semua bangsa semua lapisan negara kita terhadap pilihanraya.
Ayuh, mari kita menggemblengkan tenaga! Bertindak segera! Ini satu perjuangan yang pantang patah di tengah, demi merealisasikan sasaran semasa "pilihanraya yang bersih dan adil", iaitu "Tunaikan 8 tuntutan, barulah PRU-13", habis kapak bergantilah dengan beliung.
0 orang berkata:
Post a Comment