Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEBAB BANYAK PENYELEWENGAN, TAK MAHU TANGGUNGJAWAB

Presiden MIC kejutkan ramai, tolak dipilih semula pemegang amanah MIED

November 14, 2011
Keputusan Palanivel dilihat sebagai langkah menjauhkan diri daripada sebarang isu yang menyelubungi MIED. — Foto fail
 
KUALA LUMPUR, 14 Nov Dilihat sebagai tindakan mengejutkan banyak pihak dalam MIC, Presidennya Senator Datuk G. Palanivel mengambil keputusaan saat-saat akhir menolak tawaran dipilih semula sebagai pemegang amanah Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED), kata sumber. 
 
The Malaysian Insider difahamkan Palanivel, yang kini merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, memaklumkan lembaga pengarah yang bermesyuarat pagi ini — kira-kira empat jam sebelum mesyuarat agung tahunan (AGM) sayap pendidikan MIC itu.
Palanivel juga tidak hadir mesyuarat lembaga hari ini.

The Malaysian Insider juga difahamkan keputusan itu ada kaitan dengan implikasi politik di mana presiden MIC mahu menjauhkan diri daripada sebarang isu yang menyelubungi MIED pada masa depan.

“Beliau memaklumkan lembaga pemegang amanah pagi ini dan keputusan itu diterima,” kata seorang pemimpin parti yang menghadiri mesyuarat lembaga hari ini, yang dipengerusikan oleh Datuk Seri S. Samy Vellu — pengerusi MIED sejak ia diasaskan pada 1984.

Turut menolak tawaran dipilih semula ialah pemimpin veteran parti Tan Sri KS Nijrar, yang telah pun memaklumkan keputusannya kepada Samy Vellu dua minggu lalu.

“Tetapi keputusan Palanivel memang mengejutkan, ramai tak sangka,” kata sumber itu dan menambah, “ia juga satu tamparan ke atas kepimpinan Samy Vellu dalam MIED.”

AGM MIED hari ini sepatutnya memilih 10 orang pemegang amanah termasuk kedua-dua mereka. Ia akan bermula 2.30 petang ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.