Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SELAMAT MEMIKUL BEBAN


07 November 2011

TARIF ELEKTRIK NAIK : Rakyat terus terkorban?


Sempena Hari Raya Korban, kemungkinan besar rakyat akan terus terkorban? Ini kerana kita semua baru sahaja mendengar laporan bahawa TNB mengalami kerugian. Adakah ini menandakan bahawa rakyat akan terus dibebankan dengan kenaikan tarif hanya kerana kegagalan syarikat tersebut menguruskan perniagaannya dengan baik. Atau adakah laporan itu dibuat bagi mengHALALkan kerajaan meluluskan permohonan TNB uintuk menaikkan tarif elektrik?

Malaysia hari ini melaporkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dilaporkan menghadapi masalah aliran tunai yang gawat dan bergelut untuk membayar kos tinggi bahan api alternatif.


Menurut laporan akhbar the Star hari ini, keadaan itu disebabkan kekurangan bekalan gas yang berlaku kali ini pada skala yang lebih besar.

Terdapat cadangan bagi kos berkenaan dikongsi bersama berdasarkan pengalaman sebelum ini pada tahun 2002, iaitu pada nisbah 40:30:30, yang akan ditanggung oleh pembekal gas Petroliam Nasional Bhd (Petronas), TNB sendiri dan pengeluar tenaga bebas (IPP). Namun pihak-pihak tertentu memilih mengabaikannya.

Menurut the Star, TNB mendakwa firma utiliti gergasi itu tidak lagi mampu untuk membayar manakala IPP pula berpendirian bukan tanggungjawab mereka untuk membayar.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.