ISA: Hishammuddin bidas Suhakam tidak tanggungjawab |
Posted on Saturday, November 19 @ 01:00:48 PST by paktam
KUALA LUMPUR, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein membidas Suhakam yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab apabila mendesak supaya Putrajaya membebaskan kesemua 13 individu yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Sabah awal minggu ini.
Beliau berkata Suhakam tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu tanpa mengetahui tentang latar belakang dan fakta tentang kesemua mereka yang ditahan pihak berkuasa di Tawau.
“Membuat kenyataan tanpa mengetahui latar belakang dan fakta, dan hendak membebaskan mereka yang cukup berbahaya itu adalah cukup tidak bertanggungjawab oleh Suhakam,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Felda Bukit Tongkat, Kluang hari ini.
Dipetik Bernama Online, Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Semberong menasihatkan pihak Suhakam supaya berjumpa dengannya terlebih dahulu di mana kementerian bersedia berkongsi maklumat tentang penahanan individu itu.
Hishammuddin berkata, kenyataan Suhakam itu juga menimbulkan tanda tanya sama ada mereka benar-benar bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan oleh rakyat untuk memikul tugas mereka.
“Jikalau mereka betul cuba membebaskan (13 individu) tanpa soal siasat dan tanpa mengetahui fakta, biarlah rakyat yang menilainya sendiri ke mana arah Suhakam pada masa ini,” katanya.
Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata isu mengenai penahanan 13 individu itu tidak harus dipolitikkan dan ini kerana ISA hanya spesifik digunakan untuk tujuan memerangi keganasan dan tidak untuk tujuan politik.
Menteri Dalam Negeri itu berkata, negara seperti Amerika Syarikat dan beberapa negara lain yang sering bercakap tentang hak asasi manusia juga mempunyai undang-undang menangani keganasan seperti Patriot Act dan Anti-Terrorism Act.
Dalam kenyataannya awal hari ini, Suhakam melahirkan rasa amat kecewa dan terkejut dengan tindakan Putrajaya menahan 13 individu di bawah ISA berhubung dakwaan kegiatan gerakan militan di Sabah awal minggu ini ketika ia sedang dalam proses memansuhkan undang-undang tersebut.
Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata, tindakan terbaru ini benar-benar mengejutkan dan sama sekali bertentangan dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berani dan bersejarah untuk memansuhkan ISA serta pengiktirafan dan penghormatan terhadap hak asasi manusia serta perseimbangan antara hak tersebut dengan peraturan undang-undang dalam sistem demokrasi berparlimen negara – yang telah lama dinanti-nantikan dan amat dialu-alukan dengan sepenuh hati oleh rakyat.
“Selaras dengan seruan yang telah dibuat sebelum ini agar undang-undang penahanan pencegahan dimansuhkan, suruhanjaya menggesa agar pihak berkuasa membebaskan kesemua mereka yang ditahan di bawah undang-undang tersebut dan memberikan hak mereka kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam,” kata beliau.
Katanya, Suhakam juga menyeru kerajaan supaya menghentikan penggubalan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan agar menangani isu berkaitan keganasan di bawah undang-undang lain yang sedia ada dan sementara pemansuhan ISA dibuat, tiada sebarang penangkapan akan dijalankan di bawah akta berkaitan.
Dalam kenyataan semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Hishammuddin sendiri mpertahankan penahanan 13 anggota kumpulan militan itu atas alasan dibuat selepas polis mendapat maklumat risikan dari dalam dan luar negara.
Beberapa pihak menggesa agar kesemua 13 mereka dibebaskan. Kelmarin, Ismail mengesahkan tujuh rakyat Malaysia dan enam warganegara asing ditahan di Sabah sejak Isnin lalu mengikut Seksyen 73 (1) ISA kerana disyaki ada kaitan dengan usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah.M/Insider

0 orang berkata:
Post a Comment