Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tanya taib Mahmud,



Ke Mana Perginya Peruntukkan Berbillion Ringgit Untuk Penduduk Luar Bandar?
Posted on Friday, November 04 @ 06:01:24 PDT

  Oleh PAS Miri

Tiang Letrik Ada Tapi Jalan Entah Ke mana?

MIRI - Kampong Usaha Jaya Tukau Tengah, Sungai Beluboh berada di pinggir bandar Miri masih lagi memerlu kemudahan asas seperti bekalan air bersih, letrik dan juga jalan raya yang berturap. Kita sudah nampak tiang tiang letrik terpacak seperti galah di sepanjang jalan masuk ke kampung tersebut tapi sehingga kini belum ada sebuah rumah orang kampong pun yang menetap disitu diterangi oleh lampu neon.

Kita ada mendengar keluhan dari segelintir penduduk kampong tersebut yang mereka sudah pun menandatangani perjanjian dengan pembekal eletrik (SESCO) Miri untuk menyambung eletrik ke rumah mereka beberapa bulan yang lalu namun sehingga kini belum pun ada pihak SESCO yang datang untuk memasang meter ke rumah mereka.

Kita juga hairan kebiasaanya sekiranya ada sesuatu projek kerajaan di buat dalam sesebuah Kampung seperti pemasangan eletrik untuk penduduk luar Bandar dan jalan jalan kampung setidak tidaknya mempunyai longgokkan batu jalan,tetapi lain pula halnya di Kampung Usaha Jaya Tukau Tengah dimana jalannya seperti jalan kerbau masuk berkubang.
 
Tiang-tiang eletrik dipasang merata-rata jalan seolah-olah ada projek untuk memudahkan laluan bagi mereka tetapi mungkin orang kampong tidak tahu. Bak kata orang Sarawak jalan berlumpur.

Sehingga kini tiang letrik saja yang nampak tapi jalan masuk ke kampong masih jauh ketinggalan seolah-olah berada dalam tahun 50 – 80an. Penduduk terpaksa berusaha sendiri atau bergotong-royong untuk membina jalan kampong untuk kemudahan mereka sendiri. Kalau harapkan pihak kerajaan sampai bila pun tidak akan ada jalanraya yang sempurna untuk penduduk kampong.

Apakah tujuan sebenar mereka memasang tiang letrik di kawasan tersebut? Sudah tentu mereka ada tujuan lain sebab itulah orang ramai yang mempunyai tanah di Tukau heboh mengatakan yang tanah mereka yang tidak mempunyai hak milik akan di pindah atau tanah mereka akan di ambil oleh pihak kerajaan atas alasan menduduki tanah kerajaan. Antara sebab lain kemungkinan ada projek perumahan atau ladang akan di bina dalam tanah tersebut.
 
Jalanraya yang sempurna sangat diperlukan oleh penduduk kampong tersebut untuk memudahkan urusan harian mereka ke Bandar untuk menjual hasil pertanian serta ternakan mereka dan menghantar anak anak mereka ke sekolah.

Kita juga difahamkan ketika bekas ADUN Lambir yang lepas pernah melawat Kampung tersebut dan beliau pernah berjanji untuk membawa aduan yang dihadapi oleh orang kampong kepada pihak yang berkenaan tetapi sudah berpuluh-puluh kali surat rayuan dan aduan dibuat tetapi perkara ini terus berlarutan tanpa sebarang tindakan diambil oleh pihak berkenaan.

Di mana perginya peruntukan berbilion-bilion ringgit untuk penduduk luar bandar? Kalau perkara begini berterusan tidak ada makna kerajaan persekutuan memperuntukan berbillion ringgit untuk projek luar Bandar tapi tidak mendatangkan sebarang hasil buat penduduk di luar Bandar walaupun kita tidak nafikan memang ada tetapi hanya terhad kepada pihak tertentu saja.

Janganlah memberi alasan yang sama setiap kali berjumpa rakyat yang kerajaan tidak cukup peruntukan atau menyeru agar rakyat bersabar dulu sedangkan perkara tersebut bukan berlaku 2 atau 3 tahun yang lalu tetapi sudah berpuluh-puluh tahun sudah berlalu. Berapa lama rakyat harus bersabar dan menunggu? Dimana jaminan yang pihak yang bertanggungjawab dapat menunaikan janji mereka?

Jadi kita mendesak agar pihak kerajaan jangan biarkan rakyat yang sudah lama menduduki tanah dan berkebun dalam tanah tersebut di halau keluar tanpa sebarang pampasan dan di beri tempat tinggal yang lebih selesa dengan kemudahan asas yang cukup. 
 
Adalah lebih baik kerajaan memberi hak milik tanah kepada mereka yang sudah lama menetap dan berkebun disitu terutama sekali kepada kaum bumiputera yang hidup dalam kemiskinan dan bergantung hidup dengan pertanian. 
 
Begitu juga dengan masyarakat cina yang miskin juga harus diberi perhatian oleh pihak yang memerintah sebab itu PAS dan Pakatan Rakyat berjuang untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama. Di harap agar pihak yang bertanggungjawab mengambil perhatian serius dengan masalah rakyat yang tersebut di atas.

PAS Miri
Jofri Jaraiee

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.