Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

14 Mac, 2012

Lagi Tindakan Jahat SPR Untuk Selamatkan Umno BN

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesan 13,000 pengundi yang meragukan di Sabah tetapi tidak boleh menggugurkan nama mereka dalam daftar pemilih kerana ia bertentangan dengan undang-undang, kata Pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata mengikut undang-undang, SPR tidak dibenarkan menggugurkan nama pemilih berkenaan melainkan dengan bukti yang kukuh.

Katanya setakat ini tiada mana-mana pihak termasuk waris yang tampil membantu membuat pengesahan mengenai status rekod pemilih terbabit.

“Walaupun kita sudah pamerkan (senarai nama pemilih meragukan itu) dan menghantar CD kepada parti-parti politik, namun kita masih gagal mengesan mereka. Kebanyakan mereka ini adalah golongan warga tua.

“Dalam hal ini, kita bergantung kepada Jabatan Pendaftaran Negara dan semakan Daftar Pemilih oleh Mimos Berhad seperti yang disyorkan oleh Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi Penambahbaikan Pilihan raya untuk tujuan pembersihan daftar pemilih,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas merasmikan majlis taklimat kepada pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

13, 000 di Sabah

Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan sebagai berkata bahawa SPR akan menggugurkan sebanyak 42,025 nama (termasuk 13,000 di Sabah) yang tersenarai sebagai pemilih berdaftar setelah rekod mereka didapati meragukan.

Mengenai proses pengiraan undi pada pilihan raya akan datang, beliau berkata ia akan hanya dimulakan pada 4 petang bagi kawasan pusat mengundi yang ditutup awal.

Katanya langkah itu penting bagi mengelak kemungkinan keputusan bocor dan orang tertentu menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan “perang psikologi atau pemikiran”.

“Inilah cabaran baru untuk SPR, kerana dengan adanya rangkaian komunikasi yang pantas seperti Facebook, Twitter dan SMS, semua boleh berkomunikasi dengan siapa sahaja dengan mudah,” kata Abdul Aziz.

Pada pilihan raya sebelum ini, kertas undi mula dikira seawal waktu tengah hari di beberapa pusat penjumlahan.

Nasihat daftar segera


Ditanya sama ada SPR bercadang mengharamkan penggunaan telefon bimbit di pusat penjumlahan undi, Abdul Aziz berkata setakat ini suruhanjaya itu belum berhasrat untuk menguatkuasakan peraturan seumpama itu.

Beliau juga merayu kepada rakyat Sabah yang berumur 21 tahun ke atas untuk mendaftar sebagai pemilih secepat mungkin bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum yang akan datang.

Daripada 1.2 juta penduduk Sabah yang berumur 21 ke atas dan layak mengundi, 312,070 belum mendaftar.

“Saya nasihatkan mereka supaya mendaftar segera. Masih ada masa lagi kerana Daftar Pemilih hanya diwartakan pada bulan Mei ini,” katanya. ~bernama

Addin :

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.